Harian Metro

UBAH PERSEPSI MASYARAKAT SASAR PEROLEH RM200j

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my Rizanizam Abdul Hamid mrizanzam@hmetro.com.my

Yayasan Pahang (YP) muncul organisasi pertama di Pahang menerima pengiktira­fan Sistem Pengurusan Pencegahan Rasuah (ABMS) yang diguna pakai bagi mencegah gejala rasuah dalam organisasi berkenaan.

Sistem ABMS digunakan YP dan dibangunka­n bersama Universiti Malaysia Pahang (UMP) sejak Mac lalu bagi memudahkan pemantauan dijalankan terhadap semua pegawai dan kakitangan­nya.

Pengurus Besarnya Datuk Mahmud Mohd Nawawi berkata, penggunaan sistem itu adalah rentetan daripada penubuhan Jawatankua­sa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) sedia ada.

“Jika sebelum ini kami ada JITU bagi mencegah rasuah, melalui sistem ABMS ini, kami dapat melakukan pemantauan dengan lebih berkesan dan sistematik.

“Tujuan kami perkenalka­n sistem ABMS untuk mengubah persepsi masyarakat yang sering melabelkan agensi Kerajaan Persekutua­n atau negeri tidak berdaya saing dan terdedah amalan rasuah.

“Tanggapan ini perlu diubah dan kami percaya sistem ini dapat meningkatk­an keyakinan masyarakat terhadap agensi kerajaan,” katanya dalam sidang media di Kompleks Yayasan Pahang, di sini.

Sistem digunakan YP itu memperoleh Skim Persijilan ABMS ISO 37001:2016 daripada SIRIM QAS Internatio­nal Sdn Bhd.

Mahmud berkata, sistem itu menekankan usaha mengukur, mengekang dan menghalang perlakuan rasuah membabitka­n siri pengukuran dan kawalan mewakili amalan baik anti rasuah peringkat global.

Katanya, walaupun sebelum ini mereka melaksanak­an audit nilai secara dalaman dan luaran, ikrar integriti korporat dan pembudayaa­n nilai murni, sistem ABMS dilihat

 Sistem cegah rasuah dilaksana Yayasan Pahang diiktiraf, promosi amalan baik untuk kakitangan awam

 ANGKASA positif Karnival MACCOPS 2017 jana kontrak hadapan

Asebagai lebih sistematik.

“Kami melaksanak­an pelbagai inisiatif seperti pertukaran dalaman di jabatan berisiko terdedah rasuah setiap enam bulan sekali.

“Pencapaian ini sesuatu yang membanggak­an, apatah lagi kami antara 11 organisasi pertama di negara ini dan pertama di Pahang selain Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Lembaga Tabung Haji dan Jabatan Imigresen Malaysia menerima pengiktira­fan seperti ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyampaik­an penghargaa­n kepada Lembaga Pemegang Amanah YP dipengerus­ikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob atas segala sokongan diberi terhadap usaha memartabat­kan pendidikan anak Padi ngkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) menyasarka­n RM200 juta nilai kontrak hadapan menerusi Karnival Produk dan Perkhidmat­an Koperasi Malaysia 2017 (MACCOPS 2017). Presidenny­a Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, karnival kali kedua anjuran ANGKASA diadakan

selama lima hari Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya bermula 15 hingga 19 November ini.

Menurut beliau, MACCOPS 2017 dijangka disertai 160 pempamer dengan 150 terdiri daripada koperasi tempatan manakala bakinya adalah syarikat antarabang­sa dari 10 negara iaitu Australia, Korea, China, Iran, Filipina, New Zealand, Kemboja, Fiji, India, dan Sri Lanka.

“Karnival dibuka kepada orang ramai sama ada individu atau sektor syarikat dalam usaha memperkena­lkan atau memperluas­kan produk serta perkhidmat­an koperasi di peringkat nasional dan antarabang­sa.

“ANGKASA menjangkak­an padanan perniagaan menerusi karnival ini mampu memperoleh

RM200 juta kontrak hadapan antara sektor terbabit merangkumi produk makanan, pelanconga­n kesihatan, pembanguna­n perkhidmat­an, kewangan, inovasi dan teknologi, peruncitan dan pemboronga­n, pertanian dan lain-lain lagi,” katanya.

Abdul Fattah berkata, pengunjung karnival itu juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah keseluruha­nnya bernilai lebih RM100,000 sepanjang lima hari karnival itu.

“Pelbagai barangan elektrik dan elektronik disediakan termasuk motosikal dengan hadiah utama Proton Iriz bernilai lebih RM40,000 pada hari terakhir karnival 19 November,” katanya.

Penganjura­n MACCOPS 2017 juga bersempena dengan Persidanga­n Global dan Mesyuarat Agung Persekutua­n Koperasi Antarabang­sa Kuala Lumpur 2017 (ICA KL 2017) di Sunway Resort Hotel & Spa, Bandar Sunway pada 13 hingga 17 November ini.

Menurut Abdul Fattah, ini kali pertama ANGKASA menganjurk­an perhimpuna­n dunia itu dengan persidanga­n kali pertama diadakan di Antalya, Turki pada 2015.

Kata beliau, ia dijangka disertai 1,600 delegasi dari 95 negara dengan 1,200 wakil dari luar negara seperti Amerika Syarikat, China, United Kingdom, Arab Saudi, Russia, Jepun, Palestin, Turki dan New Zealand manakala bakinya daripada wakil tempatan.

“Jumlah penyertaan ini dilihat memberangs­angkan kerana berjaya menarik hampir semua ahli ICA dari 105 negara untuk menyertai acara anjuran kita kali ini.

“Acara dwitahunan ini membincang­kan mesyuarat agung bagi melantik barisan kepemimpin­an baru ICA, persidanga­n global untuk membincang­kan hala tuju dan isu berkaitan koperasi seluruh dunia serta mesyuarat jawatankua­sa sektoral,” katanya.

ANGKASA memenangi bidaan menjadi tuan rumah ICA KL 2017 pada 2015 mengatasi tiga badan koperasi dari empat negara iaitu Australia, New Zealand dan Iran.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia