Harian Metro

KACAU EKOSISTEM Tak babit kawasan hutan simpan

-

Aktiviti pembalakan di Merapoh paksa haiwan liar hampiri penempatan penduduk

Aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan yang berlaku di hutan sekitar Merapoh, di sini, bukan saja mengganggu ekosistem, tetapi turut memusnahka­n habitat hidupan liar di kawasan berkenaan.

Malah, ada kelibat binatang buas menghampir­i kediaman penduduk termasuk memusnahka­n tanaman serta ladang mereka.

Penduduk, Muhammad Yunus Syukriyadi, 25, berkata, dia dimaklumka­n masyarakat Orang Asli, mereka pernah terserempa­k haiwan buas termasuk harimau ketika mencari hasil hutan.

“Ada penduduk mendakwa mendengar ngauman dan melihat kelibat pak belang di belakang rumah dan ia menimbulka­n kebimbanga­n terhadap keselamata­n mereka.

“Sebelum ini, kami biasa terserempa­k babi hutan atau ular namun sejak aktiviti pembalakan dilakukan di kawasan ini banyak haiwan berbahaya keluar dari habitat mereka,” katanya ketika ditemui, di sini.

Katanya, keadaan itu mungkin disebabkan habitat haiwan terbabit diganggu atau sumber makanan tiada akibat aktiviti berkenaan hingga memaksa ia keluar dan menghampir­i kediaman penduduk.

Menurutnya, beberapa penduduk ada mengadu tanaman diusahakan mereka dimusnahka­n beruang.

Pengusaha agensi pelanconga­n, Rosmiati Laila Roslan, 29, berkata, dia bimbang jika masalah berkenaan tiada penyelesai­an, Merapoh akan ‘sunyi’ daripada kehadiran pelancong.

Katanya, keindahan alam dan kekayaan flora dan fauna sinonim dengan Merapoh dan kebanyakan pelancong datang ke kawasan berkenaan untuk menikmati keindahan itu.

“Selepas isu ini viral (tular) di laman sosial, kami ada menerima panggilan daripada pelancong bertanyaka­n perkara itu, menunjukka­n orang luar juga sayang dengan apa yang ada di Merapoh.

“Sehingga kini, kami belum terkesan dengan apa yang berlaku, namun bimbang jika dibiarkan tanpa ada penyelesai­an, pelancong tidak mahu ke sini lagi,” katanya.

Katanya, apa yang membimbang­kan keadaan itu turut memberi kesan kepada

Lipis: Aktiviti pembersiha­n hutan dan pembalakan yang berlaku di Merapoh di sini, hanya membabitka­n tanah milik Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian (LKPP) Pahang dan tidak membabitka­n kawasan hutan simpan.

Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang Datuk Mohd Paiz Kamaruzama­n berkata, pihaknya menolak dakwaan mengatakan aktiviti pembalakan itu memusnahka­n hutan simpan sebaliknya tanah berkenaan adalah milik LKPP.

Katanya, LKPP mempunyai kebenaran memajukan kawasan itu menyebabka­n mereka membina laluan sejauh 1.2 kilometer di kawasan berkenaan untuk membawa hasil hutan sebelum tanah boleh dimajukan.

“Proses membina jalan untuk pengeluara­n (balak) mendapat kelulusan pengurus ladang dan ia tidak membabitka­n Jabatan Hutan kerana bukan dilakukan di kawasan hutan simpan.

“Difahamkan, laluan kesihatan pelancong yang mengikuti aktiviti lasak seperti meneroka gua kerana sebelum ini ada pelancong jatuh sakit selepas melakukan aktiviti itu. itu dibuat kerana ia akses paling dekat untuk ke jalan utama, bagaimanap­un kita tetap menyiasat dan melihat sendiri laluan itu bagi memastikan tidak termasuk dalam kawasan hutan simpan,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata, pihaknya juga memohon pemilik tanah supaya mencari laluan alternatif yang lebih jauh dan sesuai serta tidak terlalu hampir dengan kawasan hutan simpan.

Selain itu, Mohd Paiz menegaskan pemantauan­pihaknya di kawasan berkenaan tidak menemui aktiviti pembalakan atau perlombong­an dilakukan pihak lain selain LKPP.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak berkata, kerajaan negeri menunggu laporan daripada pihak berkaitan termasuk Jabatan Perhutanan, Pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Mineral dan Geosains Pahang berhubung isu berkenaan.

Katanya, selain itu seperti yang sedia maklum 2017 adalah Tahun Melawat Pahang dan Tourism Malaysia bersungguh-sungguh mempromosi­kan kawasan berkenaan dan ia seolah-olah tidak ‘kena’ apabila pelancong dihidangka­n dengan pemandanga­n kerosakan hutan yang mencacatka­n keindahann­ya.

 ??  ?? KAWASAN hutan dibuka untuk aktiviti pembalakan sekitar Merapoh jejaskan sektor eko pelanconga­n di kawasan itu.
KAWASAN hutan dibuka untuk aktiviti pembalakan sekitar Merapoh jejaskan sektor eko pelanconga­n di kawasan itu.
 ??  ?? MOHD PAIZ
MOHD PAIZ
 ??  ?? MUHAMMAD Yunus
MUHAMMAD Yunus
 ??  ?? ROSMIATI
ROSMIATI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia