Harian Metro

AKTOR 70-AN MENINGGAL

-

Pelakon era 1970-an, Ismail Mahmud meninggal dunia pada usia 73 tahun di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh, Kelantan jam 6.45 petang kelmarin.

Allahyarha­m yang popular dengan filem Jangan Tinggal Daku pada 1971 menghembus­kan nafas terakhir di sisi keluargany­a akibat angin ahmar, masalah buah pinggang dan kencing manis.

Allahyarha­m dipercayai sudah 30 tahun menderita kencing manis sebelum disahkan mengalami masalah buah pinggang tahun lalu.

Minggu lalu, Allahyarha­m diserang angin ahmar pula.

Jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Jawa, Pasir Puteh, semalam.

Allahyarha­m meninggalk­an seorang balu dan sembilan anak aktif berlakon di bawah arahan Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee dan S Kadarisman.

Selain Jangan Tinggal Daku arahan P Ramlee, Allahyarha­m juga pernah berlakon da- lam filem Dr Rushdi (1970) dan Belang Pertanda (1971). Kuala Lumpur: Pelakon Idris Khan, 29, belum dapat menetapkan tarikh pernikahan­nya dengan gadis warga Maghribi, Sanaa Jaffer, 26, yang dijadualka­n berlangsun­g pada hujung Disember ini.

Idris berkata, persiapan sudah 90 peratus siap manakala selebihnya membabitka­n urusan dokumentas­i kerana Sanaa bukan warganegar­a Malaysia.

“Ia agak memakan masa. Sebab itulah kami belum ada tarikh untuk dikongsika­n dengan semua,” katanya.

Pelakon drama Duda Terlajak Laris ini berkata, dia yakin urusan itu dapat diselesaik­an bulan depan kerana sudah mengikut segala prosedur yang ditetapkan.

Idris yang turut ditemani bakal isteri ditemui di majlis pelancaran kelab peminat The Khan’s Empayer di Wangsa Maju, di sini, semalam.

Idris juga berharap peminatnya mendoakan semoga urusan pernikahan mereka dipermudah­kan.

Terbaru, selepas bergelar penerbit filem KL Wangan

>>Allahyarha­m popular dengan filem Jangan Tinggal Daku pada 1971

 Ismail popular filem Jangan Tinggal Daku

 ??  ??
 ??  ?? IDRIS bersama Sanaa.
IDRIS bersama Sanaa.
 ??  ?? ISMAIL
ISMAIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia