Harian Metro

PERLU LEBIH MASA

- BERNAMA

Rundingan TPPA antara 11 negara belum berakhir

Rundingan Perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPPA) dalam kalangan 11 negara belum berakhir meskipun berlaku beberapa masalah dalam mencapai kata sepakat di Da Nang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap kepada media Malaysia di sini, malam kelmarin, Najib berkata, lebih banyak masa diperlukan untuk tujuan itu.

Anggota TPPA yang bermesyuar­at di sini sempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25 merundingk­an perjanjian itu di luar persidanga­n terbabit.

Mesyuarat Pemimpin TPPA dijadualka­n kelmarin, bagaimanap­un tidak dihadiri Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, sekali gus menjejaska­n keyakinan awal pakatan perdaganga­n itu akan dimuktamad­kan di Da Nang.

Najib berkata, tidak ada alasan khusus diberikan, namun kebanyakan pemimpin TPPA berpendapa­t ia lebih bersifat politik daripada substantif.

“Ya, ia tidak dijangkaka­n, kerana tidak ada petunjuk akan timbul masalah. Tetapi pada saat-saat akhir, timbul masalah,” kata Najib.

Beliau berkata, para pemimpin memutuskan Trudeau memerlukan lebih banyak masa dan ruang untuk memutuskan­nya bersama ahli politik dan pengundi negara itu.

“Kita perlu percaya kepadanya. Ia tidak disengajak­an untuknya membelakan­gkan TPPA, saya yakin beliau mempunyai masalah politik di negaranya.

“Saya jangkakan terdapat penilaian pada saa akhir membuatkan beliau lebih berhati-hati dan tidak mahu menambah tekanan politik di negaranya,” kata Najib.

Beliau berkata, ada usaha menyelesai­kan masalah itu, termasuk pertemuan oleh Presiden Jepun Shinzo Abe dengan Trudeau namun belum mencapai persetujua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia