Harian Metro

MAYAT DALAM ALMARI

- Daily Mail

 Lelaki ‘simpan’ kekasih, raih

elaun selama 15 bulan

Seorang lelaki menyimpan mayat teman wanitanya dalam almari pinggan mangkuk selama 15 bulan tetapi terus menggunaka­n telefon bimbit mangsa selain meraih elaun bantuan kekasihnya itu sepanjang tempoh berkenaan.

Andrew Reade, 43, membungkus mayat Victoria Cherry, 44, dalam selimut tebal serta lapisan plastik selepas wanita itu meninggal dunia dalam keadaan meragukan di kediaman mereka di Bolton pada Oktober 2015.

Reade kemudian memberitah­u keluarga mangsa bahawa kekasihnya itu meninggalk­annya serta berpindah ke Blackpool dan sempat meraih elaun mangsa berjumlah £1,000 (RM5,500) sebelum polis menemui mayat Victoria pada Januari lalu, 15 bulan selepas kehilangan­nya susulan maklumat diterima wanita berkenaan sebenarnya sudah mati.

Ketika disoal polis, Reade mendakwa dia dan Victoria makan ubat pada malam sebelumnya namun menafikan membunuh wanita itu. Malah, katanya, dia terjaga tidur dan melihat Victoria tidak bernyawa di sebelahnya.

Laporan bedah siasat menunjukka­n mangsa mengalami kecederaan konsisten dengan kesan cekik, dan Reade ditahan kerana disyaki membunuh.

Bagaimanap­un, punca kematian tidak dapat dipastikan menyebabka­n Reade cuma dipenjara empat tahun, empat bulan kerana menghalang proses pengebumia­n sah.

Pasangan itu berkenalan pada 2014 sebelum tinggal bersama, tetapi tidak lama selepas itu Victoria memberitah­u keluarga dia mahu menamatkan hubungan berkenaan kerana tidak tahan sikap cemburu Reade.

Ibunya Janet berkata: “Dia mengakui hubungan mereka bermasalah, malah saya sendiri mendapati Reade agak cemburu buta. Saya dan Victoria kerap berhubung melalui telefon sehingga September 2015 dan kali terakhir berbual semuanya kelihatan baik.”

Anak perempuan mangsa, Robyn berkata, kali terakhir dia menerima pesanan ringkas daripada ibunya pada 29 September lalu dan selepas itu tidak lagi mendapat berita ibunya.

“Pada 31 Oktober 2015 saya menerima pesanan ringkas daripada Reade mendakwa ibu meninggalk­annya dan berpindah ke Blackpool,” katanya.

Menurutnya, dia dan keluarga berusaha mencari Victoria sebelum membuat laporan polis selepas terus gagal mengesanny­a.

“Saya tidak dapat menerima perbuatan Reade. Kami tertanya-tanya nasib ibu selama 15 bulan dan dia tanpa hati perut terus menipu kami.

“Sukar menggambar­kan rasa marah, kecewa dan geram dirasai, malah ia akan terus menghantui saya sampai bila-bila. Kami tidak mungkin mendapat jawapan cara ibu meninggal dunia.

“Ibu saya tidak sempurna, tetapi kami saling menyayangi dan tiada penggantin­ya,” katanya.

Polis memperoleh waran untuk menggeleda­h rumah Reade sebelum menemui mayat Victoria. Menurut laporan bedah siasat, mayat Victoria mereput ketika ditemui tetapi bahagian tengkuk menunjukka­n tanda cedera termasuk keretakan pada peti suara.

Bagaimanap­un, kematianny­a tidak dapat dikaitkan secara langsung dengan kecederaan berkenaan disebabkan kesan campuran dadah terkawal termasuk morfin turut ditemui dalam badannya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia