Harian Metro

Anak kapal Vietnam selamat SASAR REKRUT MUSLIM

- Agensi

Manila: Tiga anak kapal Vietnam yang dijadikan tawanan sejak lapan bulan lalu oleh anggota kumpulan bersenjata diselamatk­an askar Filipina di selatan negara itu, kata tentera semalam dalam operasi terbaru menyasarka­n militan yang menculik mangsa untuk wang tebusan.

Mangsa ditemui di Tawi-Tawi pada Jumaat lalu dengan mayat rakan senegara mereka yang mati dalam tahanan akibat penyakit, kata komander tentera daerah Leftenan Jeneral Carlito Galvez.

“Dia sudah mati ketika ditemui. Saya tidak dapat mendedahka­n butiran lanjut kerana operasi terhadap mereka masih diteruskan,” katanya.

Tiga lelaki itu anggota kapal kargo yang dirampas pada Februari lalu di perairan di selatan Filipina dan menjadi tebusan Abu Sayyaf.

Menurut Galvez, Abu Sayyaf masih mempunyai beberapa tebusan tempatan dan asing termasuk rakyat Belanda Ewold Horn yang diculik pada 2012.

Abu Sayyaf asalnya rangkaian militan yang dibentuk pada 1990-an dengan dibiaya kumpulan al-Qaeda di bawah Osama Laden tetapi kini berpecah kepada beberapa kumpulan dengan ada antaranya masih meneruskan aktiviti rompakan serta culik.

Satu cabang turut berikrar setia kepada Daish dan menyerbu bandar Marawi yang mencetuska­n pertempura­n lima bulan dengan tentera kerajaan.

Kumpulan berkenaan terkenal memenggal mangsa jika wang tebusan tidak dibayar.

Lelaki Jerman, Jurgen Kantner, 70, dipenggal pada Februari lalu selepas tuntutan 30 juta peso (RM2.5 juta) tidak dibayar. Tahun lalu, dua tebusan Kanada dipenggal. - AFP

Seorang bekas pelatih Marin Amerika Syarikat (AS) dihukum penjara 10 tahun kerana menyasarka­n dan mendera rekrut tentera beragama Islam termasuk mengarahka­n mereka masuk ke dalam mesin pengering baju yang kemudian dihidupkan, malah kematian seorang anggota turut dikaitkan dengannya pada 2016.

Sarjan Joseph Felix didapati bersalah atas tuduhan menganiaya rekrut berkenaan ketika latihan asas di pangkalan Parris Island, Carolina Selatan.

Panel juri terdiri daripada lapan anggota tentera lelaki dan wanita mendapati, daripada enam pelatih, Felix veteran Perang Iraq - yang bertanggun­gjawab mengarahka­n serta terbabit dalam ‘ragging’ rekrut terbabit yang turut diejek menggunaka­n gelaran ‘pengganas.’

Dua daripadany­a, Ameer Bourmeche dan Rekan Hawez memberi keterangan bahawa mereka diarahkan masuk ke dalam mesin pengering baju dengan satu kejadian melihat alat itu dihidupkan apabila enggan mengaku murtad.

Seorang daripadany­a, Raheel Siddiqui meninggal dunia selepas terjun dari tingkat tiga bangunan pada Mac tahun lalu selepas didera berhari-hari berbanding yang tahap

 Bekas pelatih Marin dipenjara 10 tahun kerana dera anggota

beragama Islam

‘ragging’ lazimnya dikenakan terhadap rekrut.

Kematian Raheel diisytihar­kan akibat bunuh diri oleh Marin.

Peguam bela Leftenan Komander Daniel Bridges sebelum ini mendakwa Felix tidak tahu tiga rekrut terbabit beragama Islam.

Pada Oktober lalu keluarga mangsa memfailkan saman bernilai AS$100 juta (RM419 juta) terhadap Marin dengan mendakwa seorang penyelia yang tidak dinamakan menyebabka­nnya berlari menerusi pintu ke balkoni di tingkat tiga sebelum jatuh ke jalan di bawahnya.

Hukuman Felix termasuk diberhenti­kan daripada perkhidmat­an Marin dengan rekod buruk dan jauh lebih teruk berbanding tujuh tahun dicadangka­n pendakwa.

 ??  ??
 ??  ?? FELIX (kiri) hadir
di mahkamah, semalam. - Agensi
FELIX (kiri) hadir di mahkamah, semalam. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia