Harian Metro

Nicol utama aksi konsisten

- Devinder Singh devinder@nst.com.my

Jaya: Sepanjang dua tahun lalu, Datuk Nicol David terpaksa bergelut dengan prestasiny­a apabila hanya memenangi satu gelaran Jelajah PSA, namun bekas pemain nombor satu dunia itu percaya persembaha­n konsisten adalah kunci untuk kembali mendapatka­n rentak seperti sebelum ini.

Selepas tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Amerika Syarikat bulan lalu, ramai yang bimbang mengenai prestasi Nicol menjelang dua temasya besar, Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun depan.

Kini berada di ranking keenam dunia, pemain berusia 34 tahun itu berkata, saingan terbuka dalam skuasy wanita di Jelajah PSA memberi peluang kepada sesiapa saja untuk merampas kejuaraan biarpun sebelum ini dia pernah muncul pemain nombor satu dunia selama sembilan tahun.

“Hanya perlu mendapatka­n konsisten dan ia normal. Jika anda mempunyai persembaha­n yang baik, tapi dalam beberapa kejohanan tidak beraksi baik dan pemain lain pula bermain dengan baik, perkara ini berlaku,” kata Nicol ketika sambutan ulang tahun ke-10 Yayasan CIMB di Mutiara Damansara, semalam.

“Ia juga bergantung sesukar mana untuk menjadi konsisten di tangga teratas dan semua pemain juga cuba mendapatka­n tahap itu.

“Tidak ada pemenang setiap masa dan inilah sebabnya skuasy wanita lebih menarik. Kami memberi tekanan sesama sendiri untuk melihat siapa yang paling konsisten. Ini adalah sasaran saya, untuk kekal konsisten sebaik mungkin dan kemudian keputusan serta prestasi akan terhasil dengan sendirinya.”

Nicol merangkul gelaran Jelajah PSA ke-81 di Colombia pada Mac lalu tetapi kejayaan sebegitu semakin sukar diperoleh biarpun dia kekal di ranking lapan terbaik sejak 2004.

“Saya rasa ia sesuatu yang perlu diraikan dan saya rasa ia satu pencapaian yang perlu dibanggaka­n apabila berada di kedudukan lapan terbaik untuk tempoh yang panjang,” ujar Nicol.

Kami memberi tekanan sesama sendiri untuk melihat siapa yang paling konsisten”

Nicol David

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia