Harian Metro

Skuad sepak takraw berhak kekal di bawah program elit

- Haika Khazi mfaizul@bh.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) enggan melayan pandangan sinis sesetengah pihak berhubung tindakan Institut Sukan Negara (ISN) terus mengekalka­n acara sepak takraw dalam Program Podium.

Presidenny­a, Datuk Seri Ahmad Ismail menegaskan skuad sepak takraw negara berhak kekal di bawah program elit itu kerana mereka sudah membuktika­n keupayaan dengan memenangi dua pingat emas

(gambar)

pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Ogos lalu.

Ahmad berkata, fokus utama PSM sekarang adalah untuk memastikan Malaysia mampu meraih pingat emas pada Sukan Asia Indonesia 2018.

“Saya minta semua pihak supaya tidak membesarka­n isu pengekalan sukan sepak takraw dalam Program Podium kerana fokus utama kami adalah meraih emas di Sukan Asia 2018.

“Malah, sepak takraw juga berjaya mencapai indeks prestasi utama (KPI) ditetapkan ISN dengan menghadiah­kan dua emas kepada kontinjen negara di Sukan SEA lalu,” katanya.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan kontrovers­i ISN mengekalka­n sepak takraw sebagai salah satu acara tersenarai di bawah Program Podium 2018 biarpun atletnya kurang menyerlah di peringkat antarabang­sa, sebelum ini.

Pada temasya KL2017 lalu, skuad sepak takraw Malaysia meraih dua pingat emas menerusi acara chinlone dan beregu yang tidak disertai Thailand dan Myanmar.

Bagaimanap­un Pengerusi ISN, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi kelmarin mempertaha­nkan tindakan ISN mengekalka­n 12 atlet sukan sepak takraw di bawah Program Podium biarpun mereka dikatakan kurang menyerlah sejak kebelakang­an ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia