Harian Metro

‘BLATTER RABA PUNGGUNG SAYA’

- AFP

Bintang bola sepak wanita Amerika Syarikat, Hope Solo semalam mendakwa, Sepp Blatter melakukan serangan seksual apabila bekas Presiden FIFA itu meraba bahagian belakangny­a ketika Majlis Anugerah Ballon d’Or 2013.

Hope yang berusia 36 tahun berkata, Blatter, 81, melakukan perkara tidak senonoh itu ketika beliau mahu menyampaik­an anugerah kepada rakan sepasukann­ya, Abby Wambach.

“Sepp Blatter meraba punggung saya, ia berlaku ketika saya mahu menaiki pentas pada majlis Ballon d’Or beberapa tahun lalu,” kata Solo kepada akhbar Portugal, Expresso.

Seorang jurucakap Blatter bagaimanap­un menganggap dakwaan itu “mengarut.”

Hope, pemenang Piala Dunia dan dua kali juara Olimpik membuat dakwaan itu ketika ditemui pada majlis Web Summit di Lisbon.

Dia berkata, gangguan seksual dalam kalangan pegawai lelaki masalah biasa dalam bola sepak wanita.

“Saya sudah melalui situasi ini sepanjang karier dan saya mahu melihat lebih ramai atlet tampil menceritak­an pengalaman mereka,” kata Hope.

 Hope dakwa bekas Presiden FIFA melakukan serangan seksual ketika menyampaik­an Anugerah Ballon d’Or 2013

“Ia tidak boleh dikawal, bukan hanya di Hollywood tapi di mana saja,” katanya sebagai merujuk kepada isu gangguan seksual dalam dunia hiburan, politik dan sukan sejak skandal membabitka­n individu berpengaru­h Hollywood, Harvey Weinstein didedahkan.

Blatter menjadi Presiden FIFA dari 1998 hingga 2015 sebelum beliau digantung atas kesalahan rasuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia