Harian Metro

Faiz pasang impian wakili negara

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Biarpun ketinggian pemain Terengganu, Faiz Nasir hanya 1.52 meter tetapi impian arkitek skuad Penyu itu cukup besar dengan memasang tekad menyarung jersi skuad negara satu hari nanti.

Selain itu, pemain yang digelar ‘Messi Terengganu’ itu

(gambar)

juga turut mengimpika­n menjadi antara pemain te- ngah terbaik negara biarpun usianya kini sudah menjang- kau 25 tahun.

“Saya begitu teruja dan berterima kasih kepada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) kerana masih memerlukan khidmat saya musim depan untuk bersaing dalam pentas Liga Super.

“Namun saya mengharapk­an kehadiran saya dalam skuad itu bukan sekadar pelengkap pemain atau pemain simpanan, tapi saya juga mahu memperagak­an aksi terbaik bagi mengintai peluang beraksi dalam skuad kebangsaan.

“Jika saya dipilih untuk menyarung jersi skuad negara suatu hari nanti ia dianggap kenangan paling manis dalam kerjaya sukan ini kerana saya yakin semua pemain pasti mengidam untuk mewakili pasukan negara,” kata Faiz.

Musim ini bekas pemain FELCRA FC itu mempamerka­n aksi meyakinkan bersama Terengganu hingga memikat pengendali­nya Irfan Bakti Abu Salim. akan memegang amanah yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan di akaun rasmi Facebook FAM, semalam.

Prestasi skuad kebangsaan terus terumbang-ambing dan mereka sudah boleh melupakan impian mara ke pusingan akhir Piala Asia 2019 selepas dibelasah Korea Utara 4-1 pada aksi kelayakan Kumpulan B di Stadium I-Mobile, Buriram, malam kelmarin.

Pengendali skuad kebangsaan, Nelo Vingada juga masih belum menamatkan kemarau tanpa sebarang kemenangan selepas enam perlawanan membimbing Harimau Malaya termasuk aksi kelayakan Piala Asia dan persahabat­an antarabang­sa.

 ??  ?? PEMAIN negara giat berlatih menjelang pertemuan kedua dengan Korea Utara.
PEMAIN negara giat berlatih menjelang pertemuan kedua dengan Korea Utara.
 ?? FOTO: ASIANA.MY ??
FOTO: ASIANA.MY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia