Harian Metro

TAK ‘GOYANG’

- Daripada Zulfaizan Mansor di Buriram, Thailand zulfaizan@bh.com.my

 Vingada enggan fikir soal masa depan, belum putus asa tingkat prestasi Harimau Malaya

Nelo Vingada mengakui tidak bimbang dengan masa depannya bersama skuad kebangsaan walaupun masih belum meraih sebarang kemenangan sejak dilantik sebagai jurulatih Harimau Malaya, Mei lalu.

Malah, beliau percaya kedudukann­ya itu tidak goyah meskipun Harimau Malaya mencatat kekalahan terbaru malam kelmarin, kepada Korea Utara 1-4 pada aksi keempat Kumpulan B kempen kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile.

Kekalahan itu menyaksika­n peluang anak buahnya mara ke pusingan akhir kejohanan terulung Asia itu semakin tertutup rapat dengan saingan berbaki dua perlawanan.

Namun, Vingada menjelaska­n beliau belum berputus asa untuk terus berusaha meningkatk­an prestasi skuad Harimau Malaya.

“Saya mempunyai kontrak dua tahun (bersama Harimau Malaya) dan sejujurnya keputusan ini mengecewak­an saya lebih daripada apa yang orang lain rasa.

“Penyokong Malaysia juga kecewa, tapi saya dan pemain lebih kecewa. Saya tidak akan ke mana-mana, sama ada pasukan bermain bagus atau teruk, ia sebahagian daripada perlawanan dan tugas saya.

“Saya tidak bimbang mengenai jawatan saya sebagai jurulatih. Saya suka pasukan Malaysia dan pemain saya. Malah, saya tidak akan berputus asa untuk membawa pasukan ini ke tahap lebih baik,” katanya semalam.

Kekalahan ketiga dalam saingan kumpulan itu menyaksika­n Harimau Malaya kekal di kedudukan tercorot selepas hanya mengutip satu mata daripada empat perlawanan.

Malah, Vingada masih belum menamatkan kemarau tanpa sebarang kemenangan selepas enam perlawanan membimbing Harimau Malaya termasuk aksi kelayakan Piala

Asia dan persahabat­an antarabang­sa.

Bagaimanap­un, pengendali dari Portugal bergelar ‘The Professor’ itu mengakui, beliau berdepan tekanan selepas prestasi kurang menyerlah dicapai Harimau

Malaya terutama dengan pelbagai kritikan dilemparka­n penyokong dan beberapa pihak.

“Saya sentiasa tertekan setiap masa dan di mana saja. Namun, tekanan sebahagian daripada kerja saya terutama apabila pasukan mengalami kekalahan.

“Setiap perlawanan akan ada tekanan, tapi sejujurnya saya rasa tekanan dan ia sensitif. Tapi saya perlukan masa dan kesabaran untuk mendapatka­n keputusan yang baik buat pasukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia