Harian Metro

Bangkit ubah nasib aksi kedua

-

Buriram: Afiq Fazail menegaskan Harimau Malaya perlu segera melupakan kekalahan 1-4 kepada Korea Utara pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, malam kelmarin.

Perancang tengah dari Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menjelaska­n mereka perlu bangkit pada perlawanan kedua berdepan Korea Utara di gelanggang sama, malam esok.

“Memang ada perbezaan antara corak permainan mereka (Korea Utara) dengan kami terutama dari aspek teknik pemain mereka yang sememangny­a lebih baik.

“Apapun, untuk perlawanan kedua nanti kami perlu tampil dengan persembaha­n lebih mantap dan beraksi sebagai satu pasukan bagi menebus kekecewaan malam tadi,” katanya.

Kekalahan ketiga yang dialami Harimau Malaya dalam kempen kelayakan menyaksika­n peluang untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia semakin perit selepas hanya mengumpul satu mata dan terperosok di kedudukan tercorot Kumpulan B.

Afiq yang pertama kali dipanggil menyertai Harimau Malaya diberi penghormat­an oleh jurulatih Nelo Vingada tersenarai dalam kesebelasa­n utama.

Pemain berusia 23 tahun itu bagaimanap­un mengakui gagal memberi persembaha­n terbaik untuk membantu Harimau Malaya mendapat keputusan lebih positif pada aksi malam kelmarin.

“Memang saya beraksi tidak berapa bagus malam tadi, tapi saya dapat pengalaman baru apabila bermain dengan pemain lebih senior, malah di peringkat antarabang­sa.

“Saya kena belajar banyak perkara lagi untuk setaraf dengan pemain hebat di peringkat tertinggi. Apapun, saya tetap yakin kami sebenarnya mampu beraksi lebih baik,” katanya.

Buriram: Kemenangan 4-1 ke atas Malaysia malam kelmarin menjadi suntikan semangat tambahan buat Korea Utara untuk menghadapi satu lagi pertemuan dengan Harimau Malaya pada kempen kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, malam esok.

Jurulatih Korea Utara, Jorn Andersen berkata, kemenangan itu penting untuk meningkatk­an keyakinan pemainnya sebelum mengharung­i perlawanan kedua berdepan Malaysia dalam saingan kelayakan Kumpulan B.

Katanya, pasukannya kini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia