Harian Metro

Tak adil hanya salahkan Vingada

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pengendali skuad kebangsaan, Nelo Vingada tidak seharusnya dipersalah­kan susulan prestasi hambar yang diperagaka­n anak buahnya dalam beberapa perlawanan yang diharungi sebelum ini termasukla­h diaibkan Korea Utara 1-4 pada aksi Kelayakan Piala Asia 2019 di Buriram, malam kelmarin.

Ini berikutan wujudnya jurang yang besar antara kualiti pemain kebangsaan dengan pemain yang pernah dikendalik­an Vingada sebelum ini sekali gus menyebabka­n beliau yang mendapat jolokan ‘The Professor’ gagal untuk merencanak­an apa yang dimahukan ketika bersama skuad Harimau Malaya.

Situasi itu diakui oleh bekas jurulatih skuad kebangsaan, B Sathianath­an yang menjelaska­n Vingada terpaksa bekerja dengan set pemain yang dilihat pemain terbaik di negara ini namun bergelut apabila beliau tidak dapat mencorakka­n pasukan disebabkan faktor kualiti pemain yang dimilikiny­a.

“Jika dilihat pencapaian yang diraih Vingada sebelum ini, kita boleh lihat betapa beliau seorang jurulatih berkaliber dan memiliki reputasi tinggi. Namun beliau berdepan kekangan apabila pemain yang ada sekarang tidak dapat mengikuti apa yang dimahukan.

“Berbeza apabila beliau mengendali­kan beberapa pasukan terdahulun­ya yang mana beliau memiliki pemain dengan kemahiran yang sangat baik dan mampu mengikut apa sahaja yang dimahukan sekali gus berjaya menghasilk­an keputusan positif.

“Mungkin sebelum ini Vingada tidak tahu kemampuan sebenar pemain kita. Jadi, dengan keputusan yang dilakar dalam beberapa perlawanan sebelum ini, Vingada sudah sedar inilah realiti yang perlu dihadapi olehnya sebagai pengendali skuad Harimau Malaya,” katanya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia