Harian Metro

Soal kahwin tanya bapa Zahirah

-

Sejak Zul Ariffin memberi kenyataan mengenai kemelut hubungan Emma Maembung dan Kamal

Adli yang turut ‘petik nama’ kekasih hatinya, Zahirah Mcwilson, isu itu nampaknya semakin reda.

Kini tentu ramai ingin tahu hubungan Zul dan Zahirah. Dengarnya mereka mahu berkahwin tahun hadapan.

Bagaimanap­un, teman Cik Pang yang turut bertanya perkara ini tidak mendapat jawapan apabila Zul cuba mengelak.

Kata Zul, dia hanya mahu bercakap isu mengaitkan dirinya dan kesan yang dialami membabitka­n kerjaya seni.

Tapi teman Cik Pang tidak puas hati dan sempat bertanya lagi adakah benar dia bakal bernikah. Zul akhirnya dengan tegas memberikan jawapan.

Katanya, soal mahu bernikah jangan ditanya kepada dirinya sebaliknya tanya kepada bapa Zahirah yang juga pelakon veteran, Zainol McWilson.

Apabila teman Cik Pang menyampaik­an berita ini, memang Cik Pang terkejut juga mendengarn­ya. Jujur Cik Pang sebenarnya jarang mengikuti kisah percintaan antara Zul dan Zahirah kerana pasangan ini tidak suka berkongsi cerita percintaan mereka kepada umum.

Tapi ada juga teman Cik Pang yang memberikan komen memang Zainol tak suka Zahirah bercinta dengan Zul kerana statusnya sebagai pelakon.

Kenyataan itu membuatkan Cik Pang berasa sangsi. Tidak mungkin Zainol tidak suka anak perempuann­ya bercinta dengan Zul kerana statusnya kerana mereka sama-sama pelakon.

Sudah tentu dia cukup faham selok-belok kehidupan sebagai anak seni. Pengalaman yang ada itu bukankah kelak akan lebih memudahkan untuk dia memahami bakal menantunya? Entahlah, kita pun pening nak fikirkanny­a.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia