Harian Metro

Vanidah, shidi mahu buat sarjana

-

Cik Pang dari dulu memang suka melihat pasangan selebriti terkenal ini, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak.

Cara mereka mengejar cita-cita sebagai insan seni dan dalam waktu sama membesarka­n anak-anak seharusnya boleh dicontohi ramai.

Paling membuat

Cik Pang menghormat­i Vanidah atau Vee dan Rashidi atau Shidi adalah kesungguha­n mereka membuktika­n faktor usia bukan penghalang untuk menuntut ilmu.

Vee dan Shidi memegang ijazah sarjana muda dalam Bahasa Inggeris dan Komunikasi ketika usia mencecah 30-an dan 40-an.

Bagi memastikan apa yang diusahakan itu dapat dicapai, mereka sanggup beralah antara satu sama lain bagi memberi laluan agar pasangan masingmasi­ng menamatkan pengajian.

Terbaru Cik Pang dengar cerita, mereka mahu menyambung pengajian peringkat sarjana pula.

Vee memilih menyambung dalam bidang Seni Persembaha­n yang memang sangat dia cintai, sementara Shidi bidang komunikasi.

Bagusnya, Vee turut merancang sehingga mendapat PhD selepas menamatkan pengajian sarjana.

Cik Pang mendoakan agar apa yang dicitacita­kan pasangan ini akan menjadi kenyataan dan dipermudah­kan.

Bukankah Allah sudah berkata, kalau hambaNya mengejar ilmu, Dia akan melimpahka­n rezeki berlipat ganda. Apatah lagi ilmu yang ada pada mereka dikongsi dan digunakan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia