Harian Metro

Bersih dasar laut

- Maiamalina Mohamed Amin maiamalina@hmetro.com.my

Berada selama 45 ke 60 minit di dasar laut bukan mudah dan tidak selesa seperti di daratan. Perlu berperang dengan tekanan, selain bergantung sepenuhnya terhadap alat SCUBA (Self-Contained Underwater Breathing Apparatus) untuk kekal lama di dasar.

Terdapat risiko perlu dihadapi penyelam dan paling diberi perhatian penyakit nyah tekanan (DCS) atau dekompresi, sejenis gangguan fisiologi disebabkan penurunan tekanan atmosfera terlalu cepat.

Perlu diketahui bahawa tekanan di dasar laut jauh lebih tinggi berbanding di permukaan dan penyelam akan bernafas dengan udara mampat mengandung­i 79 peratus nitrogen dan 21 peratus oksigen. Malah, tekanan tinggi boleh menyebabka­n gas nitrogen larut ke dalam tisu tubuh dan darah penyelam.

Jadi, lebih lama dan lebih dalam selaman seseorang, lebih banyak gas nitrogen larut. Disebabkan itu, penyelam perlu mahir menguasai teknik selaman yang betul dan wajib mematuhiny­a, sama ada seseorang itu bergelar amatur atau profesiona­l.

Namun, sudah namanya penyelam dan berlesen pula, risiko dan kebimbanga­n ditolak ke tepi sebaik berada di dasar dan berinteras­i dengan hidupan marin.

Terbuai dengan keindahan dasar laut ciptaan Yang Maha Esa menjadikan seseorang pencinta yang kemaruk untuk terus meneroka. Tidak mahu ada kerosakan kepada ciptaan asli dan sentiasa mahu menjaganya.

Faktor itu juga mendorong 150 penyelam profesiona­l dari seluruh negara menyertai program pembersiha­n dasar laut anjutan Pasukan Polis Marin (PPM) di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu, baru-baru ini.

Program itu ibarat perhimpuna­n besar penyelam untuk membersihk­an dasar laut yang ‘kotor’ akibat perbuatan manusia yang tiada kesedaran terhadap habitat marin.

Bukan sekadar plastik, botol dan sisa buangan lain, penyelam juga mengutip landak laut kerana ia memusnahka­n batu karang, selain durinya mendatangk­an bahaya kepada penyelam sekiranya terpijak.

Pegawai Penyelaras Selam PPM Wilayah 3, Kuantan, Pahang, Asisten Superinten­dan Mohd Naser Marzuke berkata, PPM Wilayah 3 menjadi tuan rumah untuk menyelaras­kan program itu dan pihaknya menerima banyak permohonan daripada kelab penyelam dan badan bukan kerajaan (NGO) yang berminat terbabit serta.

“Kita terima lebih 300 permohonan sejak dibuka ke pengetahua­n komuniti penyelam, namun hanya 150 penyelam diterima memandangk­an kita tertakluk kepada kemudahan logistik dan beberapa perkara lain.

“Ini adalah acara tahunan bersempena Program Community Policing-Go Green PPM dengan masyarakat pulau. Program tiga hari dua malam ini berjalan lancar dan semua penyelam memberi kerjasama sangat baik, selain tiada kejadian tidak diingini.

“Sejumlah 50 kilogram sampah berjaya dikutip dari dasar laut dan kita tanam di Teluk

Keke. Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam, Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah diundang sebagai tetamu kehormat yang merasmikan majlis dan turut serta dalam aktiviti selaman membersihk­an dasar.

“Kutipan ini dari

10 lokasi dasar yang kita tentukan dengan setiap ‘point’ itu dibersihka­n 10 ke 14 penyelam diketuai seorang jurulatih atau master,” katanya yang sudah berkhidmat lebih 10

 ??  ?? PENYELAM meneroka dasar untuk mengutip sampah yang boleh
menjejaska­n hidupan marin.
PENYELAM meneroka dasar untuk mengutip sampah yang boleh menjejaska­n hidupan marin.
 ??  ?? SAMPAH yang dikutip ditanam
di Teluk Keke.
SAMPAH yang dikutip ditanam di Teluk Keke.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia