Harian Metro

Kepuasan jelajah

-

BMW R 1200 RS mudah dikendali, sesuai untuk tunggangan jarak jauh

melebihi 200 kilometer sejam (km/j).

Brek Anti-Kunci (ABS) dengan angkup Brembo untuk dua brek cakera bersaiz 320 milimeter

(mm) sangat membantu memberhent­ikan motosikal dalam keadaan stabil ketika kelajuan tinggi.

Kluster instrumen pelbagai fungsi dengan speedomete­r analog, paparan TFT pelbagai maklumat dan alat pengesan cahaya digunakan untuk mengubah suai tahap kecerahan skrin secara automatik.

Model dipertingk­atkan ini tampil menawan dengan fairing separuh bentuk maskular dengan gabungan warna biru dan perak serta lampu nyalaan siang (DRL) (Paparan ini boleh ditonton dalam Berita TV9 hari ini jam 12 tengah hari

dan 8 malam) untuk lebih jelas pada waktu siang atau malam.

Posisi pelana setinggi 820 milimeter (mm) selesa kepada penunggang dan pembonceng, menjadikan R 1200 RS sesuai untuk penjelajah.

Untuk membawa barangan, beg sisi atau belakang boleh dipasang sebagai aksesori pilihan.

Tangki bahan api sebesar 18 liter mampu membawa jentera ini sejauh lebih 350 kilometer (km), bergantung kepada cara dan gaya tunggangan serta faktor permukaan jalan.

Untuk pasaran tempatan, hanya warna biru metalik ditawarkan bagi model BMW R 1200 RS diimport sepenuhnya (CBU) dari Jerman ini dan dijual pada harga RM101,900 termasuk dua tahun waranti pengeluar tanpa had perbatuan.

 ?? FOTO: ?? GAYA maskulin menyerlah.
FOTO: GAYA maskulin menyerlah.
 ??  ?? MODEL sport touring lasak bergaya.
MODEL sport touring lasak bergaya.
 ??  ??
 ??  ?? PANEL meter pelbagai maklumat.
PANEL meter pelbagai maklumat.
 ??  ?? PACUAN shaft untuk roda belakang dengan lengan ayun tunggal.
PACUAN shaft untuk roda belakang dengan lengan ayun tunggal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia