Harian Metro

Myvi Serba Baru memukau

-

Lampu hadapan LED, akses pintar dengan butang mula/henti enjin dan enjin empat silinder DOHC Dual VVT-i. Ini adalah antara ciri standard Perodua

Myvi Serba Baru bakal dilancarka­n tidak lama lagi dan pastinya memukau sesiapa sahaja yang masih mencari kenderaan sesuai dengan nilai wang dilaburkan.

Bukan itu sahaja, Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman (TRC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) turut ditawarkan bagi semua varian model popular ini.

Bermula 8 November lalu, Perodua membuka tempahan bagi Myvi Serba Baru dan menyasarka­n 6,000 unit tempahan setiap bulan.

Menurut Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, angka itu boleh dicapai dalam tempoh tiga bulan

pertama berdasarka­n populariti dan keyakinan orang ramai terhadap model Myvi.

“Model ini sebenarnya sangat dekat di hati rakyat sehingga berjaya mencatatka­n jualan sejuta unit dalam tempoh 12 tahun.

“Myvi Serba Baru ini model pertama yang dibangunka­n sepenuhnya jurutera tempatan,” katanya ketika Majlis Pengumuman Khas Media di Perodua Sentral.

Serentak dengan pengumuman tempahan itu, Perodua turut memperkena­lkan logo baru Myvi bagi menggantik­an logo lama yang digunakan sejak 2011.

“Ini logo ketiga diperkenal­kan sejak model ini mula dilancarka­n pada 2005, bertujuan membezakan generasi baru Myvi dengan model sebelumnya.

“Reka bentuk logo baru ini lebih menarik, sesuai dengan generasi muda yang juga pembeli terbesar Myvi,” katanya.

Perodua Myvi Serba

Baru ditawarkan dalam

lima varian iaitu 1.3G Standard (MT) berharga RM44,300, 1.3G Standard (AT) berharga RM46,300, 1.3X Premium (AT) berharga RM48,300,

1.5 High (AT) berharga RM51,800 dan 1.5 Advance (AT) berharga RM55,300.

Enjin bagi varian 1.3L dan 1.5L adalah yang terbaru dipasang di kilang Daihatsu-Perodua di Sendayan, Negeri Sembilan.

Enjin 1.3L menghasilk­an 94hp @ 6,000rpm dan tork 121Nm @

4,000rpm sementara 1.5L menawarkan kuasa 102hp @ 6,000rpm serta tork 136Nm @ 4,200rpm.

Varian 1.3L didatangka­n dengan empat beg udara manakala tambahan dua beg udara sisi tingkap untuk varian 1.5L.

Sistem Henti Melahu (Eco Idle System) adalah standard bagi varian 1.3X Premium dan 1.5L selain Alat Pembaca Tol Terbina Dalam (1.5L sahaja).

Pilihan warna ditawarkan ialah Kelabu Granite, Hijau Pepermint, Merah Lava, Ungu Mystical, Perak Glittering dan Putih Ivory.

 ??  ?? INFO
HARGA PERODUA MYVI SERBA BARU Perodua Myvi 1.3G Standard (MT) RM44,300
Perodua Myvi 1.3G Standard (AT) RM46,300
Perodua Myvi 1.3X Premium (AT) RM48,300
Perodua Myvi 1.5 High (AT) RM51,800 Perodua Myvi
1.5 Advance (AT) RM55,300. ENJIN EEV bagi...
INFO HARGA PERODUA MYVI SERBA BARU Perodua Myvi 1.3G Standard (MT) RM44,300 Perodua Myvi 1.3G Standard (AT) RM46,300 Perodua Myvi 1.3X Premium (AT) RM48,300 Perodua Myvi 1.5 High (AT) RM51,800 Perodua Myvi 1.5 Advance (AT) RM55,300. ENJIN EEV bagi...
 ??  ?? SISTEM ASA bagi varian 1.5L Advance
SISTEM ASA bagi varian 1.5L Advance
 ??  ?? LAMPU belakang yang menarik
LAMPU belakang yang menarik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia