Harian Metro

AKHIRNYA CIVIC TYPE R KEMBALI

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

Jentera FWD terpantas di dunia ditawarkan pada harga RM320,000 seunit

Selepas sekian lama menanti, akhirnya Honda Malaysia melancarka­n model pacuan roda depan terpantas milik mereka, Civic Type R dengan harga seunit bermula RM320,000 tanpa insurans.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, sambutan diterima sangat menggalakk­an apabila sudah menerima 60 tempahan sejak dibuka bulan lalu.

“Meskipun harga rasmi belum diumumkan, angka tempahan sudah melepasi sasaran awal 30 unit.

“Honda Malaysia memiliki stok tersedia sebanyak 150 unit Civic Type R untuk pasaran tempatan dan oleh kerana ia bukan edisi terhad, kami akan terus menerima tempahan untuk model ini selain berusaha memendekka­n tempoh menunggu,” katanya ketika pelancaran model berkenaan pada Malaysia Autoshow 2107 di MAEPS, Serdang.

Majlis pelancaran dilakukan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Hadir sama Timbalan Ketua Projek Honda Civic Type R, Hideki Kakinuma.

Terdahulu, Civic

Type R dibawa masuk dan mula dipamerkan sempena perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Antarabang­sa Sepang, sejak Oktober lalu.

Dibangunka­n dengan casis lebih kukuh, Civic Type R menggunaka­n enjin 2.0L

VTEC pengecas turbo yang menghambur­kan kuasa 310PS dan tork maksimum 400Nm.

Model ini didatangka­n dengan transmisi enam kelajuan manual, namun klac dan tukaran gearnya lebih lembut serta pantas.

Tiga mod pemanduan ditawarkan Comfort, Sport dan +R.

Jentera pacuan roda hadapan berkuasa ini mampu memecut daripada pegun ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh

5.7 saat manakala kelajuan maksimum sekitar 272km/j.

Honda Civic Type R juga diiktiraf sebagai kenderaan pacuan roda depan (FWD) terpantas dunia dengan catatan rekod 7 minit 43.90 saat di Litar Nurburgrin­g, Jerman.

Hanya satu warna ditawarkan iaitu Putih Championsh­ip.

 ??  ?? HONDA Civic Type R yang memukau.
HONDA Civic Type R yang memukau.
 ??  ?? HIDEKI (kiri) bersama Toichi bergambar bersama Honda Civic Type R.
TIGA ekzos terletak pada bahagian tengah.
HIDEKI (kiri) bersama Toichi bergambar bersama Honda Civic Type R. TIGA ekzos terletak pada bahagian tengah.
 ??  ?? AHMAD Zahid meninjau Honda Civic Type R.
BAHAGIAN belakang sporty.
AHMAD Zahid meninjau Honda Civic Type R. BAHAGIAN belakang sporty.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia