Harian Metro

Ujian Klinikal Bantu Pesakit

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Clinical Research Malaysia (CRM) iaitu agensi yang ditubuhkan Kementeria­n Kesihatan kira-kira lima tahun lalu untuk mempelopor­i pembanguna­n dan ekosistem industri penyelidik­an klinikal di Malaysia, berhasrat meningkatk­an bilangan ujian klinikal kepada 1,000 penyelidik­an menjelang 2020.

CRM sudah mencapai mercu jaya penting dengan pelancaran Fasa 1 ujian klinikal di Malaysia, sekali gus menandakan langkah negara untuk mendaki tahap lebih tinggi dalam rantaian nilai ujian klinikal. Penyelidik­an klinikal yang dipacu CRM ini juga untuk memartabat­kan Malaysia sebagai destinasi global pilihan bagi penyelidik­an tajaan industri (ISR).

Sejak penubuhann­ya, CRM menjalanka­n lebih

939 penyelidik­an tajaan industri (ISR)yang memberi peluang kepada profesiona­l perubatan membabitka­n diri dalam ujian klinikal. Menerusi ISR dikenal pasti ini, pelaburan terkumpul dibawa masuk ke negara ini sejak ditubuhkan hingga tahun lalu melebihi RM196 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif CRM Dr Akhmal Yusof berkata, pesakit yang menyertai ujian klinikal turut mendapat manfaat daripada penerimaan ubat-ubatan dalam kajian yang tidak dinikmati oleh pesakit lain yang tidak menyertai ujian.

“Di samping itu, mereka boleh menerima rawatan daripada pasukan ujian klinikal yang memantau keadaan perubatan mereka secara rapi. Terdapat kes pesakit ujian klinikal menghidap sesuatu penyakit menunjukka­n keadaan lebih baik daripada pesakit bukan peserta dalam peringkat sama penyakit mereka.

“Ini disebabkan penjagaan berkualiti tinggi diberikan sepanjang proses ujian. Malah, bagi memastikan pesakit menerima piawaian penjagaan terbaik dan menjaga kepentinga­n mereka, satu jawatankua­sa etika pusat dikenali sebagai Jawatankua­sa

Etika dan Penyelidik­an Perubatan (MREC) akan mengkaji dengan teliti dan meluluskan ujian klinikal sebelum ia boleh dilaksanak­an,” katanya.

Katanya, jawatankua­sa etika terdiri daripada kumpulan pakar saintifik dan bukan saintifik dalam pelbagai bidang pengkhusus­an memastikan ujian klinikal mempunyai tujuan perubatan sah, selamat serta memberi manfaat kepada mereka.

Ramai peserta melaporkan kepuasan kerana dapat memainkan peranan penting dalam usaha memajukan sains perubatan dan membantu pakar sains mencari rawatan baru yang akan menolong lebih ramai orang hidup lebih sihat.

“Satu daripada masalah paling besar menghalang kejayaan ujian klinikal ialah mencari sukarelawa­n bagi menyertai penyelidik­an dan ini menyebabka­n kelewatan mendapatka­n kelulusan bagi ubat baru untuk pesakit yang memerlukan­nya.

“Sebilangan besar penyiasat gagal memenuhi keperluan pendaftara­n pesakit untuk ujian yang diberikan disebabkan pelbagai faktor di mana sesetengah daripadany­a sudah kami tangani.

“Bagi mengatasi masalah ini, CRM melancarka­n kempen Saya Sedar (I Am Aware) untuk meningkatk­an kesedaran pentingnya ujian klinikal dan menambah kefahaman peserta mengenai manfaat penyertaan dalam ujian klinikal, di samping menyediaka­n sumber membantu peserta membuat keputusan berasaskan pengetahua­n,” katanya.

Dr Akhmal berkata, pameran bergerak kempen berkenaan diadakan di 33 hospital kerajaan dan tiga universiti. Hampir 2,500 pesakit dan sukarelawa­n dari pelbagai hospital kerajaan dan swasta serta universiti berjaya didaftarka­n.

CRM juga merancang menggiatka­n usaha menerusi Projek Kesedaran Fasa 1

(P1RP) untuk menarik ujian klinikal Fasa 1 ke Malaysia yang boleh menghasilk­an kesan limpahan ujian fasa seterusnya ke negara ini. Kejayaan ini akan membawa Malaysia lebih dekat kepada matlamat untuk menjadikan negara destinasi pilihan untuk penyelidik­an klinikal.

 ??  ?? DR Akhmal (kiri), pesakit kanser paru-paru yang menyertai ujian klinikal CRM, Norhizan Abdul Rahman dan Ketua Pembanguna­n Perniagaan CRM, Dr Khairul Faizi Khalid (kanan) dalam program penerangan manfaat dan potensi penyertaan dalam ujian klinikal.
DR Akhmal (kiri), pesakit kanser paru-paru yang menyertai ujian klinikal CRM, Norhizan Abdul Rahman dan Ketua Pembanguna­n Perniagaan CRM, Dr Khairul Faizi Khalid (kanan) dalam program penerangan manfaat dan potensi penyertaan dalam ujian klinikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia