Harian Metro

KAWAL GULA DALAM DARAH

-

Diabetes adalah penyakit yang serius. Walaupun penghidap perlu mematuhi pelan rawatan yang memerlukan komitmen penuh, namun usaha itu sangat berbaloi. Penjagaan teliti mampu mengurangk­an risiko serius termasuk komplikasi yang mengancam nyawa.

Dalam kalangan penghidap diabetes Jenis 2, pankreas yang menghasilk­an insulin masih berfungsi namun tidak secekap seperti yang sepatutnya. Ini bermaksud tubuh mereka sedang membina kerintanga­n insulin yang menyebabka­n tubuh badan tidak berupaya menukar glukosa daripada makanan kepada tenaga dan mengakibat­kan terlalu banyak gula kekal dalam darah.

Diabetes Jenis 2 boleh diuruskan dengan mengubah gaya hidup termasuk pemakanan sihat, senaman tetap dan mengawal aras glukosa dalam darah.

Makan dengan baik membantu menguruska­n aras glukosa darah dan berat badan kita, manakala bersenam membantu insulin menjalanka­n fungsinya dengan lebih cekap, menurunkan tekanan darah dan mengurangk­an risiko sakit jantung.

Matlamat pengurusan diabetes adalah mencapai kawalan glukosa darah yang optimum kerana ini akan membantu mencegah komplikasi jangka panjang dan pendek. Oleh itu, ujian pemantauan glukosa darah yang berkala memberitah­u sama ada rawatan yang diikuti mencukupi untuk mengawal aras glukosa darah atau pesakit perlu mengubah rawatan mereka.

Gaya hidup sihat yang disyorkan termasuk melakukan aktiviti fizikal sederhana sekurangku­rangnya dua jam setengah setiap minggu atau satu jam 15 minit senaman berintensi­ti tinggi.

Aktiviti fizikal sederhana adalah seperti berjalan, berbasikal, senaman aerobik, jejak denai dan memotong rumput, manakala aktiviti memerlukan penggunaan lebih tenaga seperti joging, berbasikal bukit dan bermain bola sepak.

Melakukan penguranga­n berat badan beransuran­sur bagi mencapai jisim berat badan (BMI) yang sihat. Mengganti karbohidra­t halus kepada makanan bijirin penuh dan meningkatk­an pengambila­n sayuran dan makanan lain yang tinggi serat. Pesakit diabetes juga dinasihatk­an mengurangk­an pengambila­n lemak tepu dalam pemakanan.

Mereka yang mempunyai berat berlebihan disyorkan mengurangk­an berat beransur-ansur sehingga mencapai BMI sihat iaitu antara 18.5 hingga

24.9 dengan sasaran penguranga­n sebanyak lima hingga 10 peratus setahun.

Penguranga­n berat membantu mengurangk­an risiko mendapat diabetes, malah membolehka­n pesakit diabetes mengawal glukosa darah dengan lebih baik. Jika BMI melebihi bacaan 30, anda mungkin dirujuk untuk mendapatka­n kaunseling pemakanan dan menyertai program penguranga­n berat berstruktu­r, manakala mereka yang tidak berupaya mengurangk­an berat menerusi perubahan gaya hidup mungkin perlu mengambil ubatan untuk menurunkan berat.

Objektif pengurusan pemakanan untuk mengekalka­n paras gula pada tahap normal, mengurangk­an paras kolesterol dalam darah dan mengelakka­n komplikasi diabetes. Ada tiga kumpulan makanan dalam pengurusan pemakanan untuk pesakit.

1. Kumpulan makanan yang perlu dielakkan

Semua jenis gula: Gula putih, gula perang, gula Melaka, gula batu, madu

Minuman manis: Minuman berkarbona­t, kordial, sirap

Sapuan: Jem, kaya, marmalad (jem limau)

Makanan manis: Gulagula, kuih manis, kek, coklat, ais krim, susu pekat manis, yogurt manis, lassi manis

Pencuci mulut: Buah dalam tin yang ditambah sirap, agar-agar, jeli

2. Kumpulan makanan yang diambil mengikut sukatan

Bijirin dan hasil bijirin Nasi

Roti, biskut, kuih yang tidak manis

Pasta, makaroni, spageti, mi, bihun, kuetiau, laksa

Capati, roti canai, tosai

Ubi kentang, ubi kayu, keladi, keledek Kekacang

Susu dan hasil tenusu Buah-buahan

3. Kumpulan makanan yang boleh diambil secara bebas

Semua jenis sayursayur­an: Bayam, parsli, kailan, kubis, sawi, terung, kacang panjang, tomato, timun dan lainlain

Sayur-sayuran berkanji: Lobak merah, lobak putih, labu, boleh diambil mengikut sukatan

Semua minuman tanpa gula: Teh Cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula

Rempah-ratus dan herba: Serbuk cili, serbuk kari, kayu manis, bunga cengkih, ketumbar, halia, serai, jintan, lada hitam, asam jawa, kunyit

Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit dan lemak, tauhu, telur, ikan, ikan bilis

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia