Harian Metro

Influenza boleh ganggu keseluruha­n sistem badan

-

Apakah tahap bahayanya jika seseorang itu dijangkiti penyakit meningokok­kal?

Sekiranya tidak dirawat, meningitis mengakibat­kan pembengkak­an dan kerosakan otak kekal seperti seseorang diserang strok, koma dan kematian.

Keracunan darah disebabkan jangkitan meningokok­kal tidak dirawat boleh mengakibat­kan kegagalan fungsi organ, kejutan kepada organ (shock) dan kematian.

Bilakah masa yang paling sesuai untuk jemaah umrah mengambil vaksin meningokok­kal? Di manakah boleh mendapatka­n vaksin ini?

Seseorang jemaah haji atau umrah perlu mengambil vaksin meningokok­kal tidak kurang 10 hari sebelum berangkat ke Arab Saudi. Vaksin ini diwajibkan Arab Saudi untuk memperoleh visa kemasukan ke sana. Vaksin boleh diperoleh dari klinik kerajaan, klinik juga hospital swasta.

Mengapakah influenza perlu diberi perhatian oleh jemaah umrah? Ramai yang dijangkiti selesema mampu kembali pulih semula.

Jemaah haji dan umrah perlu mengambil tahu jangkitan influeza walaupun mereka pernah mendengar kisah orang mengalami jangkitan influenza dan sembuh tanpa mengambil ubat anti virus influenza.

Ini kerana apabila mereka menunaikan haji atau umrah, secara langsung mereka terdedah kepada risiko jangkitan influenza.

Sekiranya jemaah mengalami jangkitan influenza, kesihatan akan terjejas dan berisiko mengalami komplikasi dan menjangkit­i orang lain.

Kesihatan yang terjejas akan mempengaru­hi kualiti dan kesempurna­an ibadah. Cegahlah jangkitan ini sebelum parah sekiranya kita mampu berbuat sedemikian.

Simptom influenza lazimnya disalah anggap sebagai simptom jangkitan saluran pernafasan biasa. Apakah perbezaany­a? Apakah yang menyebabka­n influenza?

Influenza dan jangkitan saluran pernafasan biasa adalah perkara berbeza. Namun, kerap kali masyarakat menggunaka­n label ‘flu’ apabila mereka mengalami jangkitan saluran pernafasan biasa (common cold).

Simptom influenza ada persamaan dengan jangkitan saluran pernafasan biasa dan menular melalui pernafasan dan sentuhan, sama seperti penularan jangkitan saluran pernafasan biasa.

Namun, influenza adalah jangkitan

‘sistemik’ di mana boleh mengganggu keseluruha­n sistem badan dan mengakibat­kan komplikasi serius seperti ‘myocarditi­s’ iaitu keradangan jantung, ‘encephalit­is’ iaitu keradangan otak dan sebagainya. Sebaliknya, jangkitan saluran pernafasan biasa hanya membabitka­n sistem pernafasan tidak mengganggu sistem badan lain.

Lazimnya, influenza mengakibat­kan demam lebih teruk berserta sakit tekak, sakit kepala, batuk dan kesukaran bernafas. Manakala, jangkitan saluran pernafasan biasa pula mempunyai simptom seperti demam pada kadar rendah, bersin, hidung tersumbat atau berair, batuk dan juga sakit tekak.

Influenza disebabkan oleh virus influenza A atau B. Jangkitan saluran pernafasan biasa disebabkan virus seperti human rhinovirus­es, coronaviru­ses, parainflue­nza viruses, adenovirus­es dan sebagainya.

Berapa kerap seseorang perlu mengambil vaksin tahunan influenza?

Vaksin influenza perlu diambil setiap tahun terutama kepada golongan berisiko tinggi mendapat komplikasi apabila dijangkiti influenza.

Golongan berisiko tinggi adalah kanakkanak berusia dua tahun ke bawah, wanita hamil, orang dewasa berusia 65 tahun ke atas, penghuni rumah orang tua dan orang menghidap penyakit kronik seperti asma, penyakit buah pinggang, pesakit kanser, lemah jantung dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia