Harian Metro

Ganggu pembelajar­an

Penglihata­n main peranan penting dalam perkembang­an fizikal, kognitif dan sosial

- DARI MUKA 24

Kempen ini bertujuan meningkatk­an kesedaran mengenai kepentinga­n penjagaan mata yang betul oleh optometris bagi kanak-kanak dan mendidik orang ramai tentang penglihata­n mata yang baik.

Presiden AMO, Murphy Chan berkata penglihata­n memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembang­an fizikal, kognitif dan sosial kanakkanak.

“Masalah penglihata­n yang tidak diperbaiki boleh menjejaska­n perkembang­an kanakkanak, mengganggu pembelajar­an dan mungkin juga membawa kepada kehilangan penglihata­n.

“Penglihata­n yang tidak jelas memberi impak yang besar kepada pendidikan dan kualiti hidup generasi muda serta kesihatan mata kanak-kanak sering diabaikan,” katanya ketika ditemui pada pelancaran kempen itu di ibu negara baru-baru ini.

Menurut beliau, melalui kempen Penglihata­n

Untuk Kanak-Kanak tahun ini pihaknya menekankan pemeriksaa­n mata dan rundingan berkala oleh optometris yang bertauliah adalah sangat penting bagi mengesan masalah mata sebelum perkembang­an seseorang kanak-kanak itu terjejas.

“Bersama Majlis Optik Malaysia, kami percaya saringan penglihata­n dan pemeriksaa­n mata elemen pelengkap dan penting untuk pendekatan kesihatan awam yang berkesan dalam meningkatk­an taraf kesihatan mata di Malaysia,” katanya.

Miopia atau rabun jauh adalah antara kesilapan refraktif mata yang paling lazim berlaku. Dengan kadar kelaziman yang semakin meningkat, ia kini menjadi isu global kesihatan awam, yang menjejaska­n 85 peratus hingga 90 peratus golongan muda di beberapa negara Asia.

Di Malaysia, kadar kelaziman miopia mencapai tahap membimbang­kan. Rakyat Malaysia keturunan Cina dan Melayu masingmasi­ng terjejas 42 peratus dan 15 peratus. Jumlah tinggi bagi kanak-kanak mengalami masalah penglihata­n seperti miopia pula masih tidak dapat dikesan.

Timbalan Naib Canselor dan Dekan Fakulti Optometri dan Sains Penglihata­n Universiti

SEGi, Prof Azrin Ariffin pula menjelaska­n ada tiga jenis kesalahan refraktif iaitu miopia, hiperopia dan astigmatis­ma.

“Miopia adalah kesalahan refraktif paling lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia di mana sebuah kajian dijalankan dalam kalangan pelajar sekolah rendah di Daerah Gombak.

“Hasil kajian mendapati miopia diukur menggunaka­n retinoskop­i dikesan 9.8 peratus dalam kalangan kanak-kanak berusia tujuh tahun dan meningkat hingga 34.4 peratus di usia 15 tahun dengan masing-masing 10 dan 32.5 peratus dengan refraksi auto.

“Pengkaji mendapati sesetengah kanak-kanak boleh mendapat miopia jenis agresif dikenali sebagai miopia patologi. Ia boleh membawa kerosakan penglihata­n kekal sekiranya tidak dikesan dari peringkat awal.

“Mata yang sihat dan penglihata­n yang jelas sangat penting untuk perkembang­an pembelajar­an kanakkanak. Justeru, pemeriksaa­n mata yang betul dan berkala penting untuk memastikan masalah penglihata­n serta penyakit mata dapat dikesan dan dirawat di peringkat awal,” katanya.

Dalam pada itu, Penolong Pengurus Pembanguna­n Komersial, Malaysian Hoya Lens Sdn Bhd, Chong Zhi

Lee berkata, penglihata­n baik dan berfungsi penting untuk perkembang­an awal pendidikan dan sosial kanak-kanak.

“Sebarang masalah penglihata­n anak anda boleh menjejaska­n kebolehan mereka belajar dan membawa kepada pelbagai masalah sosial dan isu perkembang­an.

“Kebanyakan masalah penglihata­n boleh diperbaiki dan diuruskan dengan mudah menggunaka­n cermin mata serta membantu kanakkanak juga orang dewasa mempunyai penglihata­n yang jelas dan kehidupan berkualiti.

“Di Hoya, masalah penglihata­n boleh diperbaiki melalui bantuan ringkas dengan penggunaan kanta cermin mata kanak-kanak yang tahan lasak, sesuai dengan gaya hidup aktif kanakkanak dan melindungi mereka daripada sinaran biru berbahaya daripada peralatan digital,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanath­an serta penghibur Datuk Sheila Majid. Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Penglihata­n Untuk KanakKanak’, pemeriksaa­n mata percuma untuk kanakkanak akan dijalankan di cawangan yang mengambil bahagian sehingga 31 Disember 2017.

Anda boleh mendapatka­n pemeriksaa­n mata menyeluruh oleh optometris dengan menghubung­i Persatuan Optometris (AMO) di talian (+60 11

2610 2040) atau e-mel ke secretaria­t@amoptom.org.

Untuk maklumat AMO terkini, sila layari www. amo.org.my dan laman Facebook Page di https:// www.facebook.com/Associatio­nofMalaysi­anOptometr­ists/.

 ??  ??
 ??  ?? AZRIN
AZRIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia