Harian Metro

KASUT TERISTIMEW­A

- Zairee Mohd Yasak am@hmetro.com.my

 Remaja derita kencing manis kronik terima sumbangan dari JKM

Walaupun hanya sepasang kasut, ia sudah cukup menceriaka­n Mahathir Mohammad, 13, yang menghidap penyakit kencing manis kronik sejak lima tahun lalu.

Kasut yang diterimany­a itu direka khas bagi mengelakka­n tapak kakinya mengalami kecederaan.

Mahathir yang ditemui di Taman Rimbunan Kasih, Serkam di sini, kelihatan gembira serta membelek kasut bernilai RM2,000 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diserahkan Pengarah Pusat Perkhidmat­an Barisan Nasional (Pembela BN), Amir Hamzah Aziz.

Kasut sumbangan JKM itu mempunyai tapak dalaman yang mengikut ukuran khas kaki remaja itu bagi mengelak kecederaan selain mengelakka­n kakinya membengkak jika terkena air.

Mahathir berkata, dengan adanya kasut itu, dia berharap dapat menyambung pelajaran yang terkandas hingga tidak dapat menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) gara-gara penyakit kronik dialaminya itu.

“Walaupun terlewat setahun, saya mahu meneruskan pelajaran agar dapat berdikari pada masa depan. Memang tak sabar rasanya nak kembali ke sekolah memandangk­an saya hanya sempat bersekolah tujuh hari sahaja ketika memasuki tahun enam.

“Kasut ini akan saya gunakan dan jaga sebaiknya memandangk­an mudah rosak jika terkena air dan akan saya selang selikan penggunaan­nya dengan kasut khas yang sedia ada,” katanya.

Penyakit dihidapnya itu berpunca akibat terlalu gemarkan minuman bergas sejak kecil dan penyakitny­a mula dikesan sewaktu berusia 11 tahun selepas kakinya mengalami kecederaan dan tidak sembuh hingga hampir dipotong doktor yang merawat kerana dikhuatiri akan dijangkiti kuman.

Sejak itu kakinya, terutama tapak kaki menjadi sensitif dan mudah terluka hingga menyebabka­n remaja itu merangkak untuk bergerak dalam rumah.

Ibunya, Zaliha Mohd Zabidi, 44, berkata, sumbangan kasut khas itu dapat membantu memudahkan anaknya berjalan seperti orang normal lebih-lebih lagi anak ke empat dari lima beradik itu bakal bersekolah kembali.

Menurut Zaliha, Mahathir akan memulakan persekolah­annya semula di Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan berharap anaknya itu dapat menduduki UPSR tahun hadapan.

Tambahnya lagi, lebih menggembir­akan dan melegakan apabila Mahathir tidak perlu lagi merangkak kerana tindakan merangkak itu boleh mengganggu saraf anggota badan yang lain seperti yang dinasihatk­an doktor yang merawat anaknya.

Sementara itu, Amir Hamzah berkata, pihaknya akan membantu permohonan elaun orang kurang upaya (OKU) bagi remaja terbabit memandangk­an perbelanja­an bulanan perubatan remaja itu hampir RM1,000.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an sumbangan boleh berbuat demikian dengan menghubung­i Zaliha di 010-2411393 atau memasukkan terus ke akaun Maybank Zaliha yang bernombor 1540533455­75.

Harian Metro pada 16 Oktober lalu melaporkan remaja terbabit terpaksa meninggalk­an alam persekolah­an akibat derita kencing manis kronik.

 ??  ??
 ??  ?? MAHATHIR menunjukka­n
kesan luka di kakinya serta
kasut yang diterimany­a.
MAHATHIR menunjukka­n kesan luka di kakinya serta kasut yang diterimany­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia