Harian Metro

DERITA CINTA SEBERANG

- Fuad Hadinata Yaacob dan Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

“Sedih, menyesal, rasa ditipu dan bersalah...semuanya bermain di fikiran ketika ini.

Sukar untuk saya menerima kenyataan hampir dua tahun menghilang­kan diri saya kehilangan abang dan abah yang meninggal dunia pada Mei lalu dan September 2016.

Sepanjang tempoh itu hidup sengsara. Lelaki yang dicintai meninggalk­an saya malah lebih mengecewak­an ketika saya melahirkan anak, dia tiada di sisi dan sehingga kini dia tidak pernah menghubung­i, berjumpa atau melihat wajah anak.

Ketika ini saya sudah melupakann­ya terutama ke atas apa yang dilakukann­ya.

Semuanya bermula pada 23 Mac tahun lalu. Sebelum itu saya mengenali lelaki itu melalui WeChat kira-kira lima bulan.

Pada hari berkenaan saya ke tempat kerja iaitu sebuah kilang makanan laut tidak jauh dari rumah. Biasanya setiap hari abah hantar dan ambil namun hari itu saya minta mahu pergi menaiki basikal.

Jam 1 tengah hari saya minta balik awal dengan alasan tidak sihat sebaliknya mengikuti lelaki berkenaan.

Saya hanya membawa beberapa helai pakaian supaya keluarga tidak mengesyaki saya mahu melarikan diri.

Saya mengikutin­ya ke satu kawasan kebun di Sungai Panjang, Sabak Bernam dan tinggal di situ tiga bulan kerana lelaki itu bekerja di kebun berkenaan.

Saya hanya bersama lelaki itu tiga bulan saja sebelum dia menghantar saya ke kampungnya di Batu Bara, Medan kerana saya sudah mengandung.

Dalam keadaan itu saya menaiki feri ke Medan berseorang­an dan setibanya di satu pelabuhan di sana, keluargany­a datang menjemput.

Sepanjang di sana saya tinggal bersama emak ayah dan dua adik lelaki itu berusia lapan dan 18 tahun.

Kehidupan kami susah kerana ayah mentua nelayan dan emak tidak bekerja malah ada ketika kami tidak makan sebaliknya minum air saja.

Ketika di sana saya tidak bekerja dan disebabkan itu saya mengharapk­an ihsan keluargany­a.

Sepanjang mengandung saya tidak pernah ke klinik namun bersyukur kerana kandungan sihat.

Pada masa hendak bersalin mak cik lelaki itu banyak membantu termasuk membayar bil hospital berjumlah RM2,100.

Saya sangat kecewa sepanjang menetap bersama keluarga lelaki itu, dia sekali pun tidak pernah pulang jauh sekali hendak bertanya khabar.

Apabila anak semakin membesar saya semakin tertekan kerana tiada duit untuk berbelanja serta membeli barangan keperluan.

Ketika itulah saya teringatka­n keluarga di kampung terutama emak dan abah.

Saya bersyukur kerana masih mengingati nombor telefon emak dan abah namun ketika itu nombor abah tidak lagi aktif.

Saya berjaya menghubung­i emak dan ketika itu saya sangat sedih selepas emak memberitah­u abah dan abang sudah tiada.

Perasaan rindu kembali menjelma namun semuanya musnah kerana mereka sudah tiada.

Sangat memilukan sebelum meninggal dunia, arwah abah meluahkan perasaan rindu terhadap saya apatah lagi saya wanita tunggal dalam adik-beradik.

Sukar untuk saya memaafkan diri ke atas apa yang sudah berlaku.

Keluarga tidak bersalah dalam hal ini malah ketika saya melarikan diri, tiada perselisih­an faham sebaliknya terikut-ikut dengan lelaki ini.

Saya mohon remaja dan wanita di luar sana supaya tidak terlalu mengikut perasaan sebaliknya fikir dulu kesannya seperti mana yang saya hadapi kini.

Ketika ini saya sedang berusaha mendaftar MyKid anak untuk memastikan­nya mempunyai kad pengenalan.

Selepas ini saya merancang mencari kerja untuk membesarka­n anak dan membantu emak.” Pengaruh WeChat menyebabka­n Nurul Farhana Ahmad, 25, melarikan diri daripada keluargany­a apabila mengikut lelaki sebayanya pada tahun lalu.

Dia mengenali lelaki itu melalui laman media sosial berkenaan sebelum berjumpa beberapa kali.

Dalam tempoh lima bulan berkenalan, pada 23 Mac tahun lalu dia nekad menghilang­kan diri selepas pergi kerja untuk mengikuti lelaki warga asing berkenaan sebelum ke Medan, Indonesia beberapa bulan selepas itu.

Sepanjang di Medan bersama keluarga lelaki itu, Nurul

Farhana tidak bekerja dan kehidupann­ya daif.

Akibat kesempitan hidup, berat badannya susut daripada 79 kilogram kepada 59 kilogram.

Lebih menyedihka­n Nurul Farhana kehilangan dua insan tersayang iaitu abang, Arbain, 30, yang meninggal dunia pada 18 Mei lalu akibat sakit usus manakala bapanya, Ahmad Abdullah Sani, 55, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 12 September tahun lalu.

Malah, Nurul Farhana hanya mengetahui kehilangan abang dan arwah bapanya pada bulan lalu ketika dia menghubung­i ibunya, Normah Yusof, 51, buat pertama kali sejak menghilang­kan diri.

Hasil bantuan Ahli Parlimen Sungai Besar Budiman Mohd Zohdi, badan bukan kerajaan, Kedutaan Malaysia di Indonesia dan pihak berkuasa kedua-dua negara, Nurul Farhana berjaya dibawa pulang pada 21 Oktober lalu.

Ikuti luahan perasaan dan pengalaman Nurul Farhana yang kini mempunyai seorang anak lelaki berusia 15 bulan, Askara Alfatih Ali.

Keluarga tidak bersalah dalam hal ini malah ketika saya melarikan diri, tiada perselisih­an faham sebaliknya terikut-ikut dengan lelaki ini.

Saya mohon remaja dan wanita di luar sana supaya tidak terlalu mengikut perasaan sebaliknya fikir dulu kesannya

Farhana Saya sangat kecewa sepanjang menetap bersama keluarga lelaki itu, dia sekali pun tidak pernah pulang jauh sekali hendak bertanya khabar.

Apabila anak semakin membesar saya semakin tertekan kerana tiada duit untuk berbelanja serta membeli barangan keperluan.

Ketika itulah saya teringatka­n keluarga di kampung terutama emak dan abah

Farhana

 ??  ??
 ??  ?? KELUARGA Farhana yang sentiasa memberi sokongan moral dalam menempuhi masa depan lebih cerah. FARHANA rancang cari pekerjaan besarkan anak.
KELUARGA Farhana yang sentiasa memberi sokongan moral dalam menempuhi masa depan lebih cerah. FARHANA rancang cari pekerjaan besarkan anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia