Harian Metro

DUA BOMBA CEDERA TANGKI MELETUP

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@hmetro.com.my

“Dia (Shazlan Mohd Hanafiah, 32) sepatutnya habis waktu kerja jam 8 pagi namun hingga 8.30 pagi dia tidak menelefon saya menyebabka­n saya menghubung­inya namun panggilan tidak berjawab.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana tahu mungkin dia ada tugasan lain sehingga menerima panggilan dari anggota lain jam 8.45 pagi memaklumka­n dia cedera ketika operasi,” kata Nurul Wahyuwi Kamarulzam­an, 32.

Nurul Wahyuwi isteri kepada Shazlan yang juga seorang daripada dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh yang cedera selepas silo tangki habuk kayu meletup ketika memadamkan kebakaran di sebuah kilang memproses kayu di Kawasan Perindustr­ian IGB Tasek di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.20 pagi, Shazlan terbakar 10 peratus iaitu di beberapa anggota badan antaranya, leher, bahu dan muka manakala Mohd Azri Aziz, 30, terbakar satu peratus di leher dan bawah dagu.

Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mereka melakukan kerja pemantauan di atas puncak silo setinggi bangunan dua tingkat selepas kebakaran dikawal sebelum berlakunya letupan pada silo berkenaan.

Nurul Wahyuwi berkata, dia sudah melihat keadaan suaminya namun suaminya tidak dapat berbual dengannya kerana tidak sedarkan diri akibat ubat diberikan.

“Saya berbisik di telinganya dan melihat air matanya mengalir membuatkan saya semakin sayu. Apa yang saya harapkan tiada kecederaan serius lain dialaminya. “Dia memang selalu mengingatk­an saya mengenai risiko tugasnya sebagai anggota bomba dan ini kejadian paling teruk menimpanya kerana sebelum ini dia hanya luka atau terbakar sedikit saja,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, semalam.

Turut melawat kedua-dua mangsa di HRPB ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Datuk Yahaya Madis dan Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak Datuk Rusnah Kassim.

Sementara itu, Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kebakaran itu kira-kira jam 7.30 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, anggota kemudian melakukan kerja pemadaman di kilang membuat papan itu sebelum kedua-dua anggota berkenaan memanjat tangki silo untuk pemantauan.

“Kedua-dua anggota kemudian membuka pintu silo di bahagian puncak untuk memasukkan air. Sebelum sempat memasukkan air berlaku letupan menyebabka­n kedua-dua mereka terpaksa terjun.

“Mohd Azri yang terbakar satu peratus dimasukkan ke wad biasa manakala Shazlan dalam pemantauan kerana bimbang terdapat anggotanya yang patah selain terbakar 10 peratus,” katanya.

 Isteri terkejut terima panggilan suami kerja bomba cedera silo meletup

Saya berbisik di telinganya dan melihat air matanya mengalir membuatkan

saya sayu Nurul Wahyuwi Kamarulzam­an

 ??  ??
 ??  ?? YAHAYA (kiri) melawat Mohd Azri di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Gambar kecil, Shazlan.
YAHAYA (kiri) melawat Mohd Azri di Hospital Raja Permaisuri Bainun. Gambar kecil, Shazlan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia