Harian Metro

KALAU DAH JODOH

- Norhadiani Baharom yanie@hmetro.com.my

Nurul Fatin Adila Safiani Zaharudin, 24, seorang model serta Instafamou­s yang mempunyai lebih 200,000 pengikut. Namun apabila dia berkahwin dengan pemandu lori, Muhammad Sufyan Ammar Abdul Hadi, 28, pelbagai cerita kurang enak timbul. Ikuti keajaiban cinta tiga pasangan sebagaiman­a diceritaka­n kepada Norhadiani

Baharom

Kisah pasangan ini pernah viral sekitar dua tahun lalu apabila gambar yang dimuat naik Nurul Fatin Adila Safiani Zaharudin (Adiela), 24, bersama suaminya, Muhammad Sufyan Ammar Abdul Hadi (Ammar), 28, mendapat kecaman netizen yang menyangkak­an wanita itu mengahwini suaminya kerana harta sedangkan Ammar hanya bekerja sebagai pemandu lori.

Telahan sedemikian timbul apabila netizen menyifatka­n mereka sebagai pasangan tidak sepadan sehingga menimbulka­n kesangsian ramai kerana Adiela yang juga seorang model dan Instafamou­s dikatakan mengahwini Ammar disebabkan melihat kekayaan pemuda itu.

“Mereka sangkakan saya berkahwin dengan

Ammar kerana harta sedangkan ketika itu Ammar bekerja dengan bapa saudaranya sebagai pemandu lori.

“Netizen berkata begitu kerana menganggap suami saya tidak tampan dan saya sanggup mengahwini­nya kerana harta.

“Saya tidak peduli apa yang ingin diperkatak­an orang kerana saya lebih mengenali suami.

“Saya tidak pernah mengukur paras rupa dan pekerjaan dia walaupun kami dikatakan tidak sepadan.

“Bagi saya kasih sayang, sikap saling membantu dan tolak ansur lebih penting dari segala-galanya juga kunci kebahagiaa­n rumah tangga. “Semua ciri itu ada pada suami saya,” kata Adiela juga ibu kepada Muhammad Ammar Darwisy Muhammad Sufyan Ammar, dua setengah tahun. Menyifatka­n suaminya seorang yang suka

mengusik dan selalu membuatkan rumah tangga mereka sentiasa ceria, hormat kepada orang tua, penenang hati di kala Adiela kegusaran, bertolak-ansur selain sangat ringan tulang dalam melakukan kerja-kerja rumah, adalah kualiti yang sukar dicari dalam diri seorang lelaki pada zaman sekarang ini.

Menumpukan temu bual kepada Ammar yang tidak lagi bekerja sebagai pemandu lori sebaliknya menguruska­n kerjaya modeling isterinya serta menjalanka­n perusahaan kebun sayur di kampung halamannya, mengakui dirinya sungguh bertuah dan bersyukur kerana Adiela sudi menerima dirinya seadanya.

“Saya sudah biasa pandangan skeptikal orang ramai terhadap kami berdua. Pertanyaan kenapa Adiela memilih saya itu sudah biasa. Ada

Mereka sangkakan saya berkahwin dengan Ammar kerana harta sedangkan ketika itu Ammar bekerja dengan bapa saudaranya sebagai pemandu lori”

Nurul Fatin Adila

yang kata kami tidak sepadan, biarlah.

“Paling penting isteri saya menerima diri saya seadanya. Sebagai suami sudah tentu saya berbangga mempunyai isteri yang cantik dan sungguh bertuah kerana mempunyai isteri secantik dia.

“Cemburu? Mesti la cemburu, kerana cemburu itukan tandanya sayang. Bukan senang atasi rasa cemburu pada peringkat awal perkahwina­n kami, tetapi sebagai suami saya harus faham kerja dia sebagai model juga statusnya sebagai Instafamou­s yang mempunyai lebih 200,000 pengikut,” katanya.

Muhammad Anwarul

dan Nur Farida

Sama seperti Ammar, Muhammad Anwarul Izaan Annuar (Izaan), 29, juga bertuah memiliki cinta Nur Farida Dinisha Andre Soliano, 26, atau mesra disapa Nisya.

Selain perasaan bangga, kecantikan Nisya juga mengundang cemburu di hati Izaan lebih-lebih di awal perkenalan mereka kerana ramai yang cuba mendekati teman wanitanya yang dikenali sejak lapan tahun itu.

“Memang tak dapat dinafikan kadangkala rasa bangga bila ramai memandang ke arah dia dan tak kurang yang memuji.

“Bangga kerana dalam ramai-ramai yang memujanya, saya yang dia pilih dan istimewa di hatinya.

“Masa awal-awal kenal dulu, saya memang kuat cemburu. Tapi bila sudah tahu hati budi masing-masing dan Nisya sendiri membuktika­n kesetiaann­ya, saya buang perasaan cemburu apatah lagi kami berdua sama-sama terbabit dalam perniagaan yang memerlukan kami bertemu dengan ramai orang dari pelbagai golongan. Malah saya mempercaya­inya 100 peratus.

“Selain dia cantik, Nisha seorang yang sangat penyabar, ambil berat, penyayang, manja dan berdikari,” kata Izaan lagi.

Izaan berkenalan dengan Nisya pada 2008 dan sebagai lelaki dia yang memulakan langkah untuk mendekati gadis itu.

Nisya berkata, dia jatuh hati dengan sikap Izaan yang gentleman, penyayang, tenang tetapi tegas.

Tidak menafikan ramai yang cuba mendekatin­ya termasukla­h golongan berharta serta berkeduduk­an namun godaan itu tidak sedikitpun menggoyahk­an cintanya terhadap Izaan. Katanya, tidak semua perempuan cantik boleh dibeli dengan wang.

“Skeptikal masyarakat adalah sesuatu yang tidak mampu diubah. Ada di kalangan teman-teman saya, mereka menjalinka­n hubungan dengan lelaki yang lebih berusia bukan kerana mengejar harta sebaliknya memang cita rasa mereka begitu, sukakan lelaki yang matang.

“Ada juga yang menggunaka­n kecantikan dan memilih lelaki berkeduduk­an kerana mencari kesenangan hidup juga desakan tertentu termasuk latar belakang keluarga. Bagi saya ini semua itu terserah kepada hak individu yang perlu dihormati.

“Pada saya, fasa senang dan susah bersama-sama dengan pasangan itu akan membuatkan kita lebih menghargai sesuatu perhubunga­n.

“Kalau senang kita kongsi bersama dan kalau susah pun kita tak akan melatah dengan dugaan,” katanya sukakan Izaan kerana dia seorang yang sentiasa merancang kehidupan, berpegang pada agama selain menjaga ibunya yang mengidap penyakit diabetes.

Ahmad Hafis dan Syalwana

Beralih kepada pasangan seterusnya, Datuk Ahmad Hafis Haji Ahmad Mali (Hafis), 39, dan Datin Syalwana Mohammed (Syalwana), 33, perkenalan mereka berlaku sekitar 15 tahun lalu di sebuah premis menjual telefon bimbit di mana Syalwana bekerja sebagai jurujual di situ.

“Isteri saya masa zaman remajanya memang ramai peminat bukan dalam kalangan lelaki biasa saja tetapi juga berkeduduk­an. Pernah masa di awal perkenalan kami, belum begitu serius ketika itu, baru kenal-kenal, saya tanya dia di mana...katanya di rumah.

“Saya hubungi semula, sudah tak jawab telefon pula dia. Saya terus ke rumah dia tetapi emaknya kata dia keluar. Saya apalagi dalam panas-panas hati tunggu bawah rumah. Nampak dia keluar dari kereta. Keluar dengan orang lain rupanya.

“Keesokanny­a bersaksika­n tasik Shah Alam, saya tanya dia terus terang. Awak cakap betul-betul, awak nak saya ke tak? Kalau awak tak nak saya, jujur jangan buang masa saya. Lepas itu dia kata, dia pilih saya.

“Saya cakap pada dia, kalau awak nak saya ikut cara saya. Alhamdulil­lah sebelum dan sejak kami berkahwin, isteri saya banyak berubah semuanya dibuat atas kerelaan hatinya misalnya mengenakan hijab.

“Itu adalah kemahuanny­a sendiri. Paling membuatkan saya terharu dan rasa bertuah dia mampu menjaga ibu saya yang menghidap kanser selama lapan tahun sebelum arwah meninggal,” kata Hafis.

Bersetuju mengahwini Hafis bukan kerana Syalwana memandang kedudukan atau disebabkan harta, akan tetapi ketegasan dan sikap garang suaminya itu menambat hatinya.

Pasangan ini berkahwin pada 5 Mei 2005 dan dikurniaka­n tiga orang cahaya mata iaitu Mohd Aliff, 11, Dhiya Hanis, 10 dan Ahmad Asadel, setahun setengah.

“Saya tidak menilai suami dari segi paras rupa atau kedudukann­ya. Kalau nak kata saya kejar harta, masa kenal datuk dulu dia belum ada apa-apa. Malah saya pernah ‘dating’ dengan dia naik motor dan lori.

“Suami baru dua tahun terima penganuger­ahan yang membawa gelaran Datuk.

“Kami bersama dari zaman susah hinggalah senang. Kenapa saya memilih dia bukan lelaki yang pernah saya kenal, kerana dia seorang yang tegas, matang, tenang dan ada kalanya garang.

“Dia boleh membimbing saya dan sikapnya yang rajin bekerja dan memajukan diri sendiri pada ketika itu, meyakinkan saya bahawa dia akan lakukan apa saja untuk kesenangan keluargany­a,” katanya.

Selain dia cantik, Nisha seorang yang sangat penyabar, ambil berat, penyayang, manja dan berdikari”

Muhammad Anwarul Izaan Annuar Kami bersama dari zaman susah hinggalah senang”

Syalwana

 ??  ?? ANWARULIza­an
danNurFari­da.
Nurul Fatin dan Muhamad Sufyan.
ANWARULIza­an danNurFari­da. Nurul Fatin dan Muhamad Sufyan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia