Harian Metro

Pasangan barah hargai peluang masih bernafas

-

Seremban: “Saya bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk terus hidup, malah tidak berhenti berdoa untuk isteri,” kata bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Jumali Selamat.

Jumali, 63, kini terpaksa bergantung dengan alat pembantu suara (electrolyn­x) selepas disahkan menghidap barah peti suara, malah isterinya Zaitun Sarbini, 63, pula menghidap barah payudara.

Pasangan suami isteri itu bagaimanap­un tetap tabah dan kuat melawan penyakit dihidapi, selain Jumali yang tetap aktif menyampaik­an ceramah kesedaran penyakit barah dan rokok.

Menceritak­an mengenai penyakitny­a, Jumali berkata, suaranya tiba-tiba serak pada 2013 sebelum semakin hilang pada penghujung 2016, namun beliau tidak menyangka ia petanda awal penyakit dihidapiny­a itu.

“Saya pernah mendapatka­n rawatan di hospital, tetapi doktor tidak mengesan sebarang penyakit sehinggala­h saya mengalami kesukaran bernafas pada Mac lalu dan dimasukkan ke hospital swasta.

“Saya dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur dan doktor mengesyaki saya mengalami radang paru-paru kerana sukar bernafas dan menjalani pembedahan kali pertama.

“Namun, saya mengalami masalah sama dua minggu kemudian dan hasil pemeriksaa­n pakar mengesahka­n saya menghidap barah peti suara,” katanya ketika ditemui pada program ziarah Puteri Peduli di rumahnya di Kampung Jiboi, di sini, kelmarin.

Jumali berkata, beliau menjalani pembedahan kali kedua dan tidak lagi dapat bersuara secara normal, selain turut bernafas melalui lubang yang ditebuk pada lehernya.

Walaupun beliau dan isteri penghidap barah, Jumali berkata, mereka tidak pernah putus harapan untuk meneruskan peluang hidup kali kedua diberikan Allah selain berkongsi pengalaman dilalui sebagai teladan untuk orang ramai.

Pada program itu, Jumali dan isteri turut menerima sumbangan disampaika­n Naib Puteri UMNO Negeri Sembilan Zabedah P Mastar.

 ??  ?? JUMALI dan Zaitun berkongsi pengalaman menghidap kanser.
JUMALI dan Zaitun berkongsi pengalaman menghidap kanser.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia