Harian Metro

Buang ke hutan selepas dinodai

-

Kajang: Terlalu percayakan teman lelaki menyebabka­n seorang gadis remaja diperkosa beramai-ramai, dirompak sebelum dibuang ke dalam hutan.

Itu nasib malang menimpa mangsa berusia 16 tahun selepas bersetuju melepak dengan dua suspek pada jam 4 pagi kelmarin.

Difahamkan mangsa yang menetap di Bandar Puchong Jaya, Puchong, dijemput suspek menaiki kereta sebelum mereka makan dan berborak di kedai berhampira­n.

Sumber polis berkata, mangsa dibawa suspek ke sebuah rumah di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini.

Katanya, sebaik tiba di rumah itu, terdapat seorang lagi lelaki berada di dalam rumah berkenaan.

“Ketika mereka sedang berborak, seorang lelaki memaksa suspek masuk ke dalam bilik dan merogolnya.

“Dua lagi suspek masuk dan melakukan perkara sama,” katanya.

Sumber berkata, mangsa meminta dihantar pulang ke rumah namun suspek tidak mengendahk­an permintaan mangsa.

“Mangsa sebaliknya dibawa menaiki kereta ke dalam kawasan hutan sebelum seorang daripada mereka memukul mangsa di muka.

“Suspek meminta mangsa menyerahka­n barangan peribadi miliknya. Mangsa yang enggan ditendang keluar dari kenderaan oleh suspek.

“Barangan peribadiny­a termasuk telefon pintar, jam tangan, wang tunai serta kad pengenalan dirampas,” katanya.

Katanya, mangsa yang ditinggalk­an bersendiri­an pulang semula ke rumah dengan bantuan anggota RELA yang menemuinya di kawasan berhampira­n.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Dengkil, Sepang untuk tindakan lanjut. Usaha menjejaki suspek sedang dilakukan,’ katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia