Harian Metro

Ambil tindakan undang-undang

-

Kuala Lumpur: Wanita bertudung dan bekerja di bahagian perkhidmat­an pelanggan atau yang dilarang mengenakan tudung oleh majikan boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya dipaksa menanggalk­an hijab mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidik­an dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) Azril Mohd Amin berkata, majikan yang gagal mematuhi syarat berkenaan terhadap wanita Islam yang dinafikan hak kebebasan beragama iaitu memakai tudung di tempat kerja jelas melanggar Perkara 11 Perlembaga­an Persekutua­n.

Katanya, setiap rakyat Malaysia berhak mengamalka­n pegangan agama masing-masing walaupun majikan mempunyai hak mengenakan kod pemakaian kepada pekerjanya.

“Malah, pemakaian pakaian berbentuk keagamaan jika atas sebab keselamata­n atau kesukaran melaksanak­an tugas mesti dalam keadaan perlu saja iaitu jika pakaian agama itu menghalang pemeriksaa­n keselamata­n, kepentinga­n dan ketenteram­an awam, dan pemakaian tudung tentunya jelas tidak jatuh dalam mana-mana kategori itu.

“Justeru, Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan serta Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat mesti mengambil tindakan segera mengubah dasar diamalkan sesetengah hotel di negara ini yang melarang wanita bertudung daripada bekerja di barisan hadapan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama

berkata, di Amerika Syarikat (AS) dan Turki contohnya tiada amalan dasar diskrimina­si sedemikian di hotel di sana.

“Ini adalah dasar yang sangat buruk di negara majoriti Muslim seperti Malaysia dan dibuat tanpa asas undang-undang. Ia boleh diubah dan harus diubah,” katanya menerusi kenyataan bersama dengan Presiden Wanita Antarabang­sa Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (Wafiq) Dr Rafidah Hanim Mokhtar, semalam.

Azril berkata, kerajaan sepatutnya campur tangan bagi mengubah dasar yang diamalkan sesetengah hotel di negara ini yang melarang wanita bertudung daripada bekerja di barisan hadapan kerana ia jelas berbentuk diskrimina­si dan prejudis berasaskan agama dan bukannya atas faktor perniagaan.

“Mereka yang sering mengembara akan tahu kenyataan ini tidak tepat. Tiada prosedur operasi standard (SOP) antarabang­sa yang melarang pemakaian tudung dan ia diskrimina­si semata-mata,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia