Harian Metro

‘Duta Kelab’ maksiat

- Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Tidak sekadar menyediaka­n pakej judi, dadah dan pelacur kepada pelanggan malah kebanyakan premis hiburan haram sekitar ibu kota turut melantik ‘Duta Kelab’ bagi mempromosi­kan kegiatan haram itu.

Perkara itu didedahkan Ketua Penyelaras Operasi Banteras Aktiviti Haram (Op BAH) Kementeria­n Wilayah Persekutua­n Azman Mahmood susulan risikan dilakukan terhadap lambakan pusat hiburan haram di sekitar Lembah Klang.

Menurutnya, pemilihan gadis cantik sebagai ‘mascot’ atau duta kelab dikesan dilakukan sebagai ‘pelaris’ perniagaan haram itu.

“Setakat ini kami mengesan sebanyak 1,086 premis hiburan yang beroperasi di sekitar ibu kota yang tidak memohon lesen sah daripada pihak berkuasa.

“Sindiket pusat hiburan haram yang wujud sekitar pusat bandar ini agak tinggi berikutan pakej lengkap ditawarkan dalam usaha memesin narik lebih ramai pelanggan.

“Mereka licik mengumpan pelanggan dengan menyediaka­n perkhidmat­an dadah, GRO, judi dalam talian dan terbaru melantik duta kelab supaya pengunjung memilih premis berkenaan untuk mencari keseronoka­n berikutan persaingan sengit pusat hiburan lain,” katanya.

Azman berkata, pihaknya sudah menggempur lebih 700 pusat pelacuran dan 615 pusat judi atas talian sekitar ibu negara.

“Malah nilai rampasan judi atas talian mencecah RM17.8 juta. “Berdasarka­n rekod serbuan dijalankan sepanjang operasi ini, kami mendapati kawasan Bukit Bintang adalah ‘lokasi panas’ yang menempatka­n pusat hiburan paling tinggi diserbu dengan lebih 1,000 premis disita.

“Dalam tempoh itu juga, kami berjaya menahan 2,215 penagih dadah, 1,371 individu membabitka­n kesalahan syariah mengikut Akta 559, 24 tonto yang mengganggu tugas penjawat awam selain 28 syarikat yang disiasat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menahan 70 individu atas pelbagai kesalahan termasuk positif dadah dan kesalahan imigresen dalam siri ke-39 Op BAH di empat pusat hiburan, kelmarin.

“Selain itu, seorang wanita turut ditahan kerana minum minuman yang memabukkan di sebuah pusat karaoke di Jalan Bukit Bintang, di sini. “Sebanyak empat pusat hiburan diperiksa dalam operasi itu dengan kebanyakan­nya tidak memiliki lesen perniagaan,” katanya.

 Gadis cantik ‘pelaris’ pusat hiburan promosi kegiatan haram

 ??  ?? ANTARA individu yang ditahan dalam Op BAH yang dijalankan di Jalan Bukit Bintang.
ANTARA individu yang ditahan dalam Op BAH yang dijalankan di Jalan Bukit Bintang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia