Harian Metro

Kegiatan jual beli ‘ayam’ rancak awal pagi

-

Serdang: Aktiviti jual beli ‘ayam’ rancak pada jam 4 pagi. Itu antara kegiatan maksiat berlaku di sebuah pusat hiburan haram di bandar Puchong Jaya di sini, yang dikesan menjadi sarang pelacuran warga asing.

Difahamkan pusat hiburan itu yang beroperasi sejak tiga tahun lalu menyediaka­n lebih 30 wanita pelayan pelanggan (GRO) warga asing yang turut menawarkan khidmat seks.

Bagaimanap­un premis itu akhirnya diserbu sepasukan polis dari Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, pihaknya menjalanka­n risikan terhadap pusat hiburan itu selepas menerima maklumat awam.

Menurutnya, hasil serbuan dijalankan pada jam 4 pagi semalam, polis berjaya menahan 20 pekerja dan 31 GRO warga Vietnam, Indonesia, Thailand dan China.

“Kami turut memeriksa 117 individu dalam serbuan itu dan tujuh daripadany­a ditahan selepas positif dadah.

“Sebanyak RM2,268 wang tunai dipercayai wang hasil jualan dan set

didapati audio visual dirampas,” katanya.

Megat Mohamad Aminuddin berkata, pihaknya turut mendapati premis hiburan itu beroperasi tanpa lesen sah sejak tiga tahun lalu.

“Semua suspek warga asing itu ditahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

“Manakala tangkapan individu positif dadah dijalankan mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan siasatan keatas premis dijalankan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995,” katanya.

Menurutnya, pihaknya akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan aktiviti seperti itu dapat dibanteras.

 ??  ?? ANTARA pelacur warga asing yang diberkas dalam operasi khas di sebuah pusat hiburan di Puchong.
ANTARA pelacur warga asing yang diberkas dalam operasi khas di sebuah pusat hiburan di Puchong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia