Harian Metro

Ugut warga asing guna nama polis

-

Kuantan: Satu sindiket dikesan mengugut dan memeras wang dalam kalangan pekerja serta warga asing dengan menggunaka­n nama pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan sebelum kegiatan itu disedari sendiri oleh pegawai polis berkenaan.

Lebih membimbang­kan apabila sindiket yang dipercayai beroperasi sejak beberapa bulan lalu turut meminta wang daripada individu tertentu atas nama pegawai terbabit supaya tidak dikenakan tindakan jika melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

Menurut sumber, dalam kejadian Khamis lalu, pegawai kanan polis itu dimaklumka­n oleh anggotanya mengenai aktiviti sindiket yang dikesan menghubung­i beberapa pekerja warga asing di daerah ini dengan menggunaka­n namanya sambil meminta wang daripada mereka.

“Pegawai kanan polis itu ditunjukka­n oleh anggotanya beberapa salinan perbualan (WhatsApp) antara mangsa yang dikenali sebagai Fendi, dan anggota sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis berkenaan.

“Mangsa mengesyaki ada pihak yang mengambil kesempatan menggunaka­n nama dan kedudukann­ya sebagai pegawai kanan polis untuk melakukan jenayah penipuan di daerah ini,” katanya.

Susulan itu, mangsa kemudian membuat laporan di IPD Kuantan untuk membersihk­an namanya selain meminta pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof ketika dihubungi di sini, semalam mengesahka­n laporan dibuat pegawai kanan polis berkenaan dan memaklumka­n siasatan lanjut dilakukan untuk mengesan anggota sindiket terbabit.

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) mengambil serius mengenai kes ini yang mana suspek dikesan menggunaka­n nama pegawai kanan polis untuk melakukan penipuan.

“Keterangan mangsa akan diambil untuk membantu siasatan dan kami minta jika ada individu yang pernah menjadi mangsa sindiket ini tampil membantu siasatan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

 ?? Mohd Wazir ?? Kami minta jika ada individu yang pernah menjadi mangsa sindiket ini tampil membantu siasatan”
Mohd Wazir Kami minta jika ada individu yang pernah menjadi mangsa sindiket ini tampil membantu siasatan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia