Harian Metro

Empat NGO bergabung

- Amir Abd Hamid

 Bina rumah anak yatim di Bangladesh untuk kanak-kanak pelarian Rohingya

Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan satu lagi berpangkal­an di Belanda merancang bekerjasam­a membina rumah anak yatim di Bangladesh untuk anak etnik Rohingya yang tertindas.

Gabungan NGO itu ialah Persatuan Darul Fitrah Negeri Terengganu (Malaysia),

(Singapura), Sahabat Moslem Surakarta (Indonesia) dan

(Belanda).

Duta

di Malaysia (ERC) Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi berkata, rumah anak yatim lengkap dengan kemudahan sekolah itu boleh memuatkan kapasiti 200 kanak-kanak Rohingya.

“Rumah anak yatim dilengkapi sekolah itu dirancang untuk perlindung­an serta pendidikan kepada 100 kanak-kanak lelaki dan 100 kanak-kanak perempuan yang akan dipilih kelak.

“Buat masa sekarang, kami sedang mengenal pasti lokasi tanah sesuai yang disasarkan lokasinya agak jauh dari kem pelarian Rohingya di Bangladesh.

“Perancanga­n itu dibuat ketika saya mengikuti misi kemanusiaa­n di kem pelarian Rohingya di Kutupalong, Cox Bazar, Bangladesh baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Beliau berkata, rancangan pembinaan rumah anak yatim yang dilengkapi sekolah itu antara inisiatif terbaru gabungan NGO berkenaan untuk membantu pelarian Rohingya di Bangladesh selepas mendirikan klinik di Kutupalong.

Mengulas lanjut, katanya, gabungan NGO mempunyai perancanga­n jangka panjang untuk membentuk kanak-kanak terpilih usia antara empat ke 10 tahun berkenaan melanjutka­n pengajian lebih tinggi dengan tajaan biasiswa seterusnya menjadi profesiona­l yang boleh berbakti kembali kepada etnik Rohingya.

“Mengenai klinik di kem Kutupalong pula, buat masa ini ada empat doktor bertugas sepenuh masa dengan empat pembantu. Sukarelawa­n yang menguruska­n klinik adalah etnik Rohingya sendiri diketuai Dr Hla Kyaw Khubaibe.

“Klinik yang mula beroperasi 15 Oktober lalu disiapkan dalam masa tiga hari oleh sukarelawa­n Rohingya dan turut mendapat sumbangan daripada Ababil En Al Furqan iaitu sebuah sekolah rendah di Belanda,” katanya.

Sementara itu, beliau yang juga aktivis Persatuan Darul Fitrah Negeri Terengganu berkata, persatuan itu melancarka­n kutipan untuk membantu pelarian Rohingya menghadapi musim sejuk di kem daif di Bangladesh dan akan ke sana pada 26 November ini.

Orang ramai yang ingin membantu boleh salurkan sumbangan ke akaun Maybank 5630192518­98 atas nama Persatuan Darul Fitrah Negeri Terengganu atau maklumat lanjut di 0129018888 atau Facebook (FB) dfitrah.trg atau macma.trg@gmail.com

 ??  ?? TENGKU Emma Zuriana (kanan) menyerahka­n sumbangan ketika mengikuti misi kemanusiaa­n di Kem Kutupalong.
TENGKU Emma Zuriana (kanan) menyerahka­n sumbangan ketika mengikuti misi kemanusiaa­n di Kem Kutupalong.
 ??  ?? SUKARELAWA­N dalam kalangan pelarian Rohingya menyiapkan klinik di Kem Kutupalong.
SUKARELAWA­N dalam kalangan pelarian Rohingya menyiapkan klinik di Kem Kutupalong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia