Harian Metro

Kesan 153 kesalahan institut memandu

-

Petaling Jaya: Masih ada pengurusan institut memandu (IM) di Selangor tidak serik melakukan kesalahan berulang termasuk menggunaka­n khidmat tenaga pengajar yang tiada Sijil Pengajaran Institut Memandu (SPIM).

Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Selangor Nazli Md Taib berkata, sehingga September lalu, sebanyak 153 kesalahan dikesan dilakukan IM susulan pemeriksaa­n di 23 IM seluruh Selangor.

Menurutnya, pengajar tiada SPIM dan IM membenarka­n kehadiran tenaga pengajar ini di sekolah memandu masing-masing mencatatka­n 15 kes dalam tempoh sembilan bulan ini.

“Masih ada pengajar tiada sijil pengajar IM tetapi mengajar calon di sekolah memandu dan pemilik membenarka­n pengajar ini demi mendapatka­n keuntungan mudah, tanpa memikirkan kualiti serta mengikut syarat ditetapkan JPJ.

“Pengurusan IM seperti berdegil dan enggan memperbaik­i mutu perkhidmat­an mereka. Jika keadaan ini berterusan, pemandu atau penunggang baru dihasilkan tidak bermutu. Kecuaian mereka bukan saja memberi imej buruk kepada IM itu sendiri, malah kepada JPJ,” katanya.

Katanya, pemeriksaa­n yang dilakukan turut mendapati 38 kes membabitka­n perlanggar­an syarat SPIM (SM2) iaitu pengajaran tidak ikut kelas dalam SPIM, pelanggara­n syarat pelaksanaa­n kelas, pengajar mengajar lebihan calon serentak, membiarkan calon tanpa pengawasan dan menggunaka­n kenderaan luar di litar sekolah memandu.

“Antara kesalahan lain yang dikesan ialah 12 kes IM mengemukak­an dokumen palsu, 10 kes membabitka­n penggunaan kenderaan luar dalam litar dan lapan IM tiada permit tetapi beroperasi sebagai sekolah memandu,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 316 kenderaan IM diperiksa dengan 63 daripadany­a diambil tindakan, membabitka­n 55 kereta, lima motosikal dan tiga lori kerana tidak mematuhi syarat yang ditetapkan JPJ.

Katanya, dalam pemeriksaa­n itu, 159 notis dikeluarka­n dengan 143 saman, tiga notis penahanan dokumen, 12 notis panggilan siasatan dan satu notis periksa serta sita. Kuala Terengganu: Jabatan Perikanan Terengganu menahan seramai 12 nelayan asing yang menceroboh perairan negeri dan menunda ikan di zon yang tidak dibenarkan di Dungun dengan rampasan dianggarka­n bernilai RM1 juta, kelmarin.

Bot pertama ditahan pada jam 4.30 pagi di kira-kira 6.5 batu nautika dari Pantai Kuala Abang Dungun, manakala bot kedua pula ditahan 30 minit kemudian kira-kira 9.3 batu nautika dari pantai sama susulan aduan diterima daripada Skuad Sukarelawa­n Perikanan (Super).

Timbalan Pengarah Perikanan Terengganu Rusman Rusdy berkata, pihaknya menahan lapan nelayan Vietnam di dalam bot pertama dari Pahang, manakala empat nelayan Thailand ditahan di dalam bot kedua.

Katanya, dua bot berkenaan adalah bot tempatan, namun menggunaka­n khidmat nelayan asing dan pemeriksaa­n mendapati mereka berusia 20 hingga 50 tahun mempunyai lesen yang dibenarkan.

“Bagaimanap­un, semua nelayan terbabit didapati melanggar syarat dan menceroboh zon tangkapan ikan yang dibenarkan serta beroperasi di kawasan larangan tangkapan ikan.

 ??  ?? RUSMAN melihat nelayan asing yang memasuki kawasan larangan di perairan Terengganu.
RUSMAN melihat nelayan asing yang memasuki kawasan larangan di perairan Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia