Harian Metro

Balik kerja ‘disambut’ banjir

- Saipul Adli Mohamad saipuladli@hmetro.com.my

 Wanita terkejut rumah dinaiki air paras pinggang tanpa dimaklumka­n keluarga

“Apabila tiba di rumah selepas habis kerja jam 11.30 malam, saya terkejut mendapati air di kawasan luar rumah separas pinggang sedangkan suami dan dua anak tidak memaklumka­n rumah kami dilanda banjir,” kata Siti Aminah Abdullah, 61, semalam.

Siti Aminah yang sudah 21 tahun bekerja di Kentucky Fried Chicken (KFC) mengakui tergamam dan seolah-olah tidak percaya keadaan rumahnya di Permatang Rawa di sini, yang ditenggela­mi air.

Menurutnya, apabila masuk ke dalam rumah, dia mendapati tingkat bawah dipenuhi air menyebabka­n mereka empat beranak terpaksa duduk di tingkat atas dan tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Sebelum ini, ada berlaku banjir kilat tetapi tidak teruk dan dalam seperti ini.

“Rumah kami dua tingkat, jadi sepanjang tiga hari sebelum air surut, kami duduk di tingkat atas, manakala bekalan makanan dan minuman disumbangk­an pelbagai pihak yang membantu mangsa banjir,” katanya.

Siti Aminah antara 87 kakitangan QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands), pengendali restoran perkhidmat­an segera terbesar membabitka­n KFC, Pizza Hut dan Ayamas yang menerima wang tunai RM1,000 selepas menjadi mangsa banjir melanda Pulau Pinang dan selatan Kedah seperti Kulim dan Sungai Petani, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan QSR Brands Datuk Mohamed Azahari Kamil berkata, QSR Brands adalah keluarga besar dan apabila ada ahli keluarga diduga dengan kejadian banjir, pihaknya mengambil berat menjaga kebajikan mereka.

Beliau berkata, 87 keluarga dari Pulau Pinang dan selatan Kedah seperti Kulim dan Sungai Petani mengalami kerumitan apabila rumah mereka dilanda banjir menyebabka­n pelbagai perkakas rosak, jadi pihaknya membantu mengurangk­an beban serta memberi RM1,000 kepada setiap keluarga.

“Kami simpati dengan nasib mangsa dan berharap bantuan ini dapat meringanka­n beban serta memberi sokongan moral supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa semula,” katanya.

 ??  ?? MOHAMED Azahari (dua dari kanan) menyampaik­an bantuan kepada sebahagian mangsa banjir di Pulau Pinang.
MOHAMED Azahari (dua dari kanan) menyampaik­an bantuan kepada sebahagian mangsa banjir di Pulau Pinang.
 ?? Siti Aminah Abdullah ?? Sepanjang tiga hari sebelum air surut, kami duduk di tingkat atas”
Siti Aminah Abdullah Sepanjang tiga hari sebelum air surut, kami duduk di tingkat atas”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia