Harian Metro

‘Kami ada rasa kemanusiaa­n’

- Idris Musa idris@hmetro.com.my

 Kerajaan tetap peduli mangsa banjir di Pulau Pinang

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap ada rasa kemanusiaa­n dan kepedulian dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir walaupun tahu sebuah negeri itu diperintah parti lain, tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kerajaan BN buta warna dalam memberikan pertolonga­n kepada mereka. Lihat, Perdana Menteri sendiri turun (ke Pulau Pinang baru-baru ini) walaupun kita tahu negeri itu diperintah parti lain. Kita ada rasa kemanusiaa­n dan kepedulian.

“Dan kita mahu supaya komitmen Kerajaan Pusat diterima dengan baik, bukan menyanggah, bukan menuding jari. Jasa Datuk Seri Najib Razak harus dihargai sebagai pemimpin yang prihatin kepada rakyat.

“Inilah sikap kita dalam BN. Adakah kita mempolitik­kan isu itu? Tidak sama sekali. Tidak semua perkara boleh dipolitikk­an. Jika ada pihak yang mempolitik­kan semua perkara, tunggulah rakyat akan menghukum kepemimpin­an parti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Perwakilan Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) ke-46 di Menara PGRM di sini, semalam.

Persidanga­n bertemakan Satu Negara Sehati Sejiwa itu turut dihadiri Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong dan barisan kepemimpin­annya serta pemimpin dan wakil daripada parti komponen BN.

Dr Ahmad Zahid turut memuji penampilan baru perwakilan Gerakan pada persidanga­n itu yang memakai baju merah seperti warna baju anggota UMNO. Namun, pada masa sama beliau mengecam sebuah parti pembangkan­g kerana turut mengenakan warna merah.

“Hari ini, Gerakan ikut UMNO pakai baju merah, hebat. Tetapi ada sebuah parti lain di luar BN pun pakai baju merah. Itu parti gila talak. Sebab ketika mereka dalam UMNO, mereka pakai merah. Sudah bercerai pun mahu pakai baju merah juga. Itu yang ada bunga-bunga tu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau melahirkan harapan agar semua calon Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen parti Gerakan akan menang dengan cemerlang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Inilah ketika yang terbaik untuk kita ambil alih semula kerajaan Pulau Pinang,” katanya sambil meminta semua saf kepemimpin­an Gerakan turun ke akar umbi, memperkuku­hkan semula jentera parti dan memperkuat­kan jentera pilihan raya.

 ??  ?? DR Ahmad Zahid bersama Mah (dua dari kanan) melawat pameran di Persidanga­n Perwakilan Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia ke-46 di Menara PGRM, semalam.
DR Ahmad Zahid bersama Mah (dua dari kanan) melawat pameran di Persidanga­n Perwakilan Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia ke-46 di Menara PGRM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia