Harian Metro

‘Terima kasih tolong Pulau Pinang’

-

Shah Alam: Ketua Menteri Pulau Pinang menzahirka­n ucapan terima kasih dan penghargaa­n kepada Perdana Menteri serta menteri Kabinet yang turun padang bagi menyalurka­n bantuan kepada negeri itu ketika dilanda banjir baru-baru ini.

Lim Guan Eng berkata, kerjasama pelbagai pihak yang mengetepik­an perbezaan politik demi menghulurk­an tindakan segera dihargai kerajaan negeri.

“Saya menghargai kerjasama Kerajaan Persekutua­n atas tindakan pantasnya terhadap rayuan saya memohon bantuan pada hari malang itu, awal pagi 5 November lalu.

“Ucapan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Selangor dan Perak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir serta beberapa menteri atas pertolonga­n mereka,” katanya ketika berucap pada sesi pemilihan semula Jawatankua­sa Tertinggi Pusat (CEC) DAP di sini, semalam.

Beliau berkata, Kerajaan Pulau Pinang merangka empat fasa bagi menghadapi cabaran banjir di negeri itu pada awal bulan ini.

“Fasa pertama adalah menyelamat­kan mangsa dan sebab itulah saya hubungi Ahmad Zahid pada jam 3.30 pagi untuk memohon bantuan.

“Fasa kedua adalah mencuci dan membersihk­an rumah serta kawasan terjejas.

“Kami baru saja memulakann­ya di beberapa kawasan yang airnya sudah surut di Seberang Perai. Sedih apabila melihat keluarga terpaksa membuang perabot, gambar kenangan serta barang peribadi lain yang mengimbau memori,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia