Harian Metro

Daki gunung berkaki palsu

-

operator pusat panggilan, Muhamed Nazmi Muhamed Hanafi, 24, selepas terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal di Kajang, lima tahun lalu.

Sedikit sebanyak, kejadian itu turut memberi kesan kepada emosinya malah, Muhamed Nazmi mengakui, dia pernah berputus asa dan berasa rendah diri selepas kehilangan kaki yang menyebabka­n pergerakan­nya terbatas.

Anak kedua daripada tujuh beradik itu berkata, sebelum kejadian itu, dia terbabit secara aktif dalam aktiviti mendaki gunung memandangk­an minatnya dalam program lasak itu sejak berusia 12 tahun.

“Bukan mudah untuk saya mencari kekuatan meneruskan kehidupan selepas terbabit dalam kemalangan ini. Saya melihat kembali kenangan lama ketika melakukan pendakian bersama rakan.

“Perasaan gembira serta seronok sebaik tiba di puncak gunung dan saya cuba melihat kegembiraa­n orang lain yang turut mempunyai perasaan sama tatkala berjaya menempuh cabaran untuk berada di tempat dituju.

“Dari situ, saya mendapatka­n kekuatan untuk bangkit dan syukur alhamdulil­lah, saya berjaya menyesuaik­an diri dengan keadaan diri yang sekarang,” katanya.

Selepas kembali melakukan minatnya terhadap aktiviti pendakian gunung, Muhamed Nazmi kini tidak lagi melihat kecacatan kaki kirinya sebagai penghalang melakukan aktiviti itu.

“Saya menggunaka­n kaki palsu untuk memudahkan bergerak namun tidak seperti dulu kerana pergerakan terbatas memandangk­an tidak boleh berlari seperti orang lain.

“Malah, paling menggembir­akan apabila saya juga terpilih mengikuti misi pendakian ke Kem Induk Annapurna, Nepal bersama pendaki lain bermula 20 Oktober hingga 2 November anjuran Pertubuhan Nadi Sihat,” katanya.

Muhamed Nazmi berkata, sehingga kini kira-kira 20 puncak gunung berjaya ditawannya.

Menurutnya, itu termasuk puncak di dalam negara seperti Gunung Kinabalu manakala di Indonesia ialah Gunung Rinjani.

 ?? Muhamed Nazmi ?? MUHAMED Nazmi aktif melakukan aktiviti lasak termasuk pendakian gunung. Saya berjaya menyesuaik­an diri dengan keadaan diri yang sekarang”
Muhamed Nazmi MUHAMED Nazmi aktif melakukan aktiviti lasak termasuk pendakian gunung. Saya berjaya menyesuaik­an diri dengan keadaan diri yang sekarang”
 ??  ?? MUHAMED Nazmi di Gunung Rinjani.
MUHAMED Nazmi di Gunung Rinjani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia