Harian Metro

Terus cari walau tiada petunjuk

-

Bharu: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesara guru hilang di laut sejak Selasa lalu yang masuk hari keenam diteruskan biarpun tidak menemui sebarang petunjuk.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, bot yang dalam perjalanan pulang itu terbalik selepas dipukul ombak sebelum mangsa Wan Husin Wan Abdullah, 62, dan rakannya, Wan Zaidi Wan Hussin, 57, terpaksa berpaut pada bot selama tiga jam untuk menyelamat­kan diri.

Wan Zaidi berjaya ditemui orang ramai dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas berenang selama sejam ke daratan, manakala Wan Husin masih belum ditemui sehingga kini.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Kota Bharu Penguasa Bomba Kanan II Syobirin Abd Kadir berkata, operasi bermula seawal jam 7 pagi semalam membabitka­n pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan nelayan.

Menurut Syobirin, pihaknya turut menambah aset iaitu bot untuk pencarian yang sudah masuk hari keenam itu.

“Sehingga kini, tiada penemuan dan petunjuk namun usaha pencarian tetap diteruskan. Operasi SAR ditumpukan di kawasan pesisiran pantai berhampira­n.

“Bagaimanap­un, kita tetap membuat pencarian sejauh lapan batu nautika ke arah timur dan barat dari pos kawalan, dan pasukan APMM membuat pencarian 20 batu nautika dari pesisiran pantai,” katanya ketika ditemui, semalam.

Harian Metro sebelum ini melaporkan pesara guru itu turun ke laut bersama rakannya pada jam 2.30 petang dan menangkap udang, sotong dan ikan selama satu jam sebelum bergerak pulang ke darat.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro 9 November lalu.
LAPORAN Harian Metro 9 November lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia