Harian Metro

Samseng tahi judi

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

 Polis diserang 30 warga China lepas 4 das tembakan amaran

Perangai tidak ubah seperti gengster kongsi gelap apabila sekumpulan lebih 30 pekerja warga asing China cuba menyerang anggota polis yang melakukan pemeriksaa­n cegah jenayah.

Kejadian ganas jam 10.30 malam kelmarin, menyebabka­n seramai tujuh anggota polis terpaksa melepaskan empat das tembakan amaran.

Difahamkan kumpulan pekerja kontrak warga China terbabit berang selepas polis melakukan serbuan di kediaman mereka terletak di Jalan Abaraham Off Jalan Khoo Teik Ee, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, polis sebelum itu mahu memeriksa kediaman suspek yang disyaki menjalanka­n kegiatan judi.

Beliau berkata maklumat awal kegiatan perjudian itu diterima anggotanya ketika melakukan rondaan.

“Sebaik tiba di lokasi itu, terdapat antara 20 hingga 30 lelaki disyaki warga China berada di premis itu. Cubaan anggota untuk melakukan pemeriksaa­n dihalang dan mereka turut diserang.

“Bagi mempertaha­nkan diri, mereka terpaksa melepaskan empat das tembakan ke udara sementara menunggu bantuan tiba ke lokasi,” katanya.

Shaharudin berkata, seramai 68 suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk pemeriksaa­n lanjut. Bagaimanap­un hanya lapan individu ditahan reman.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 147/353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Menurutnya, terdapat 200 pekerja kontrak warga China mendiami kawasan berkenaan dan siasatan terperinci ke atas kegiatan judi itu masih dilakukan.

Sementara itu tinjauan wartawan Harian Metro di beberapa lokasi sekitar Jalan Imbi, Jalan Abraham dan Jalan Khoo Teik Ee di sini, mendapati kawasan berkenaan kini dipenuhi penduduk warga asing terutama dari China.

Difahamkan mereka adalah dalam kalangan pekerja kontrak, selain itu ada juga yang bekerja di restoran dan pusat urut sekitar lokasi berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia