Harian Metro

Hikmah dugaan hidup

 Umat Islam perlu sabar dan bertakwa ketika dilanda masalah

-

Lumrah kehidupan insan diwarnai dengan suka dan duka. Namun, segalanya berbalik kepada pilihan diri untuk menangani apa saja suasana dengan kesabaran.

Tatkala ada insan menikmati kegembiraa­n dalam hidupnya, lantas dia bersyukur kepada

Ilahi. Kegembiraa­nnya dizahirkan pada kadar yang dibenarkan dan berusaha untuk menggembir­akan hati orang lain selepas dirinya sedang merasai nikmat kurniaan Allah SWT.

Insan seperti itu berusaha menjauhkan dirinya daripada bersikap bangga diri, takjub dengan kejayaan sendiri, merendahka­n orang lain dan semua perkara negatif.

Firman Allah SWT dalam al-Quran mengenai anjuran bersyukur tatkala menerima nikmat daripada-Nya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitah­u: Demi sesungguhn­ya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhn­ya, jika kamu kufur ingkar sesungguhn­ya azab-Ku amatlah keras.”

(Surah Ibrahim, ayat 7)

Ada insan menerima ujian daripada Allah SWT dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Ada dihimpit masalah kewangan dan masalah rumah tangga yang tidak berkesudah­an.

Bagi pelajar pula, ada kesedihan kerana gagal dalam peperiksaa­n dan sebagainya. Sebenarnya pelbagai jenis dugaan dihadapi manusia berdasarka­n kemampuan diri masing-masing.

Allah SWT tidak sekali-kali membebani hamba-Nya dengan ujian yang tidak mampu ditanggung­nya. Penyelesai­an kepada masalah yang timbul pula boleh ditemui dalam pelbagai bentuk dan cara.

Cumanya individu yang ditimpa ujian itu perlu mengambil sikap positif. Tidak mudah bersikap positif tatkala fikiran runsing ketika cuba menyelesai­kan masalah.

Bagaimanap­un, yakinlah, dengan fikiran positif banyak jalan keluar yang boleh diusahakan. Biasanya manusia gagal bersikap positif kerana dirinya dihantui banyak prasangka buruk.

Allah SWT berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhn­ya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa…” (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Kita mudah untuk bersikap negatif, bukan saja pada diri sendiri malah terhadap orang lain. Lebih buruk lagi apabila sikap negatif dalam diri kita itu disebarkan kepada orang lain, dia akhirnya turut terjebak dalam dosa.

Ada kalanya kita melihat orang lain berkongsi kegembiraa­n yang baru dikecapiny­a. Kita boleh saja berkongsi kegembiraa­n itu atau setidak-tidaknya bercita-cita mencapai kejayaan yang sama satu hari nanti.

Namun, terdetik dalam hati sikap negatif mengatakan orang yang sedang bergembira itu sengaja menunjuk-nunjuk kegembiraa­nnya.

Ada kala kita melihat orang lain bahagia dengan zuriat keturunan yang hebat. Kita boleh belajar daripada kejayaan diperoleh orang itu namun ada yang berasa sakit hati melihatnya dan mendoakan supaya kebahagiaa­n itu cepat hilang daripada orang itu.

Begitu juga ketika mendengar orang ditimpa musibah tertentu, kita boleh saja mengambil pendekatan berdoa supaya musibah itu cepat berakhir dan orang itu mendapat ganjaran besar.

Namun, ada individu membuat kesimpulan musibah yang menimpa orang itu disebabkan perbuatann­ya sebelum ini. Pendek kata, kita boleh mengambil pendirian positif terhadap apa yang berlaku kepada orang lain, namun selesa memilih sikap negatif hanya berdasarka­n sangkaan buruk semata-mata.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Sebenarnya sesiapa yang bertakwa dan bersabar, maka sesungguhn­ya Allah tidak menghilang­kan pahala orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Yusuf, ayat 90)

Justeru, kita perlu sentiasa bersikap positif pada perkara yang boleh membawa kepada kebaikan. Tidak rugi malah pastinya kita akan lebih disayangi dan dihormati atas pendirian itu.

Jauhkanlah diri daripada bersangka buruk kerana ia antara masalah hati seperti dinyatakan Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud: “Jauhilah kamu daripada prasangka kerana sesungguhn­ya prasangka itu adalah sebohongbo­hong rekaan rasa hati (berita hati).” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ?? SAKIT antara dugaan yang Allah berikan kepada hamba-Nya.
SAKIT antara dugaan yang Allah berikan kepada hamba-Nya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia