Harian Metro

Adab dengar khutbah solat Jumaat

-

Apakah hukum menulis isi penting ketika khutbah? Adakah ia bertentang­an dengan hadis larangan bermain dengan batu kecil ketika khutbah? Apakah perbuatan itu membatalka­n syarat khutbah?

Sunat hukumnya bagi orang mendengar khutbah untuk diam daripada berkata-kata dan tidak membuat aktiviti lain selain mendengar bacaan khatib.

Hal ini berdasarka­n hadis, daripada Salman al-Farisi RA berkata: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang yang mandi dan bersuci pada hari Jumaat sekadar yang termampu, memakai minyak dan wangiwangi­an, kemudian ke masjid dan tidak mengganggu jemaah dan seterusnya mendirikan solat yang ditentukan, diam ketika imam berkhutbah. Maka segala dosa kecilnya akan diampunkan di antara Jumaat dan Jumaat yang akan datang.” (Riwayat al-Bukhari)

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu berkata ‘diam’ kepada sahabat kamu pada hari Jumaat ketika imam membaca khutbah, maka sia-sialah Jumaat kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ali RA meriwayatk­an maksudnya: “Bahawa sesiapa yang Jumaatnya sia-sia dia tidak dapat apa-apa kelebihan dan pahala yang diharapkan daripada Jumaatnya itu.” (Riwayat Abu Daud)

Larangan berkata-kata di sini, termasukla­h juga menulis bagi mengelakka­n situasi berhelah seperti orang menggunaka­n SMS, WhatsApp dan lain-lain ketika khatib sedang berkhutbah dengan alasan, “Kami tidak bercakap tetapi hanya menulis.”

Ini dikuatkan dengan hadis daripada Abu Hurairah RA maksudnya: “Barangsiap­a yang menyapu (bermain-main) batu kerikil (ketika

Jumaat) maka hal itu sia-sia.” (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Nawawi Rahimahull­ah: “Pada hadis itu terdapat larangan bermain dengan batu dan selain daripada jenis itu kerana ia adalah sebahagian perbuatan sia-sia ketika khutbah (Jumaat).

“Terdapat isyarat supaya ditujukan hati dan anggota badan sematamata pada khutbah.” (Rujuk al-Minhaj Syarh Sahih Muslim)

Terdapat juga pendapat mengatakan perbuatan menulis khutbah tidak termasuk dalam larangan kerana menulis itu adalah untuk menambahka­n perhatian dan kefahaman.

Ini berbeza dengan perbuatan menegur jemaah untuk diam atau bermain dengan kerikil. Tetapi pendapat itu boleh dijawab tidak semestinya dengan menulis seseorang boleh fokus kepada semua isi khutbah.

Selalu juga apabila seseorang menulis isi ceramah contohnya, dia tertinggal mendengar isi khutbah yang sedang dibaca.

Perbuatan menulis isi khutbah akan menimbulka­n fitnah dengan menarik perhatian orang bersebelah­an atau sekeliling untuk melihatnya lantaran perbuatan menulis ketika khutbah asing bagi mereka.

Justeru, kami cenderung menyatakan menulis isi khutbah ketika khutbah Jumaat afdal ditinggalk­an.

Alangkah baiknya jika seseorang meletakkan sepenuh perhatian, pendengara­n dan perbuatann­ya untuk memberi tumpuan kepada isi khutbah.

Selain itu, seseorang boleh mendapatka­n isi khutbah daripada jabatan agama atau menggunaka­n perakam suara.

Berkenaan syarat khutbah, mendengar khutbah itu ialah 40 orang lelaki yang bermastaut­in wajib atasnya solat Jumaat.

Maka, hukumnya tidak batal khutbah itu kerana orang menulis tetap mendengar sekalipun menulis. Semoga Allah SWT memberikan kita nikmat kekuatan untuk melaksanak­an ketaatan sebaik mungkin. Sumber: Al-Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia