Harian Metro

‘Masih banyak kerja’

 Malaysia jamin pertahan agenda ekonomi domestik dalam CPTPP

-

Datuk Seri Najib Razak yang mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25, di sini, berkata, banyak lagi kerja dilakukan untuk Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP) yang dulunya dikenali Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPP).

“Selepas ini, ada program kerja yang perlu dilakukan, dan Malaysia, pasti terus mempertaha­nkan kita perlu menangani dasar ekonomi sosial yang sensitif seperti keutamaan dan keistimewa­an Bumiputera selain tindakan untuk kesihatan awam.

“Kami tidak mengorbank­an agenda domestik penting jika kita bersetuju mengguna pakai TPP,” kata Perdana Menteri, memandangk­an Malaysia mampu memperoleh sebahagian besar penggantun­gan yang diminta, terutama dalam urusan berkaitan farmaseuti­kal dan hak cipta.

Najib yang terbabit dalam banyak pertemuan penting semasa AELM, termasuk semasa Sidang Kemuncak CEO APEC bersama Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Presiden China Xi Jinping, dan Ketua Pegawai Operasi Facebook Sheryl Sandberg, berkata, perhimpuna­n APEC di sini sebagai acara yang ‘wajib dihadiri’.

“APEC mencapai tahap tertentu. Ia merupakan mesyuarat yang tidak boleh dilepaskan. Ia menunjukka­n kedudukan sejauh mana APEC kini,” katanya.

Sidang kemuncak itu juga peluang bagi Malaysia bertukar pandangan dan berbincang dengan pemimpin lain, bukan saja di peringkat pelbagai hala, malah secara dua hala.

Beliau berkata, pencapaian APEC setakat ini agak luar biasa kerana halangan perdaganga­n semakin berkuranga­n dengan ketara, menjurus kepada perdaganga­n bebas lebih besar dan rantau Asia Pasifik yang lebih makmur, walaupun masih banyak perlu dilakukan terutama isu wanita, kesaksamaa­n jantina dan perdaganga­n antara negara.

Perdana Menteri juga menekankan kebimbanga­n mengenai peningkata­n gerakan anti globalisas­i dalam APEC yang bertentang­an dengan aspirasi asalnya.

“Terdapat perubahan besar APEC tahun ini berbanding tahun lepas. Saya nampak nadanya berbeza. Saya lihat peningkata­n antiglobal­isasi, dasar yang lebih memihak kepada negara sendiri. Ironinya, ia bertentang­an dengan seluruh prinsip dan raison d’etre penubuhan APEC,” katanya ketika sesi panel pada Sidang Kemuncak CEO APEC 2017.

Beliau menegaskan bahawa globalisas­i bukan pilihan, atau sesuatu yang boleh diketepika­n dunia tanpa menghadapi risiko dipinggirk­an.

“Anda perlu ikut perubahan, anda perlu berhadapan dengannya dan mengambil cabaran dan membuat dasar dan program perlu. Kami lihat globalisas­i baik untuk Malaysia dan dunia. Namun anda tidak boleh membiarkan­nya tidak terkawal dan memastikan campur tangan positif,” katanya. - BERNAMA.

Kami lihat globalisas­i baik untuk Malaysia dan dunia. Namun anda tidak boleh membiarkan­nya tidak terkawal dan memastikan campur tangan positif”

Najib Razak

 ??  ?? NAJIB bersama delegasi yang menyertai Persidanga­n APEC di Da Nang.
NAJIB bersama delegasi yang menyertai Persidanga­n APEC di Da Nang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia