Harian Metro

43.4 peratus guna telefon bimbit ketika memandu

-

Kebanyakan pengguna menyedari, penggunaan telefon bimbit ketika memandu boleh mempengaru­hi tingkah laku pemanduan serta membahayak­an diri dan orang lain namun perbuatan itu masih dilakukan.

Pengerusi Institut Penyelidik­an Jalan Raya Malaysia (MIROS) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, hasil berkenaan daripada kajian dibuat pihaknya sekitar Lembah Klang pada tahun lalu membabitka­n 300 responden.

Menurutnya, berdasarka­n kajian itu, seramai 43.4 peratus pemandu di Lembah Klang menggunaka­n telefon bimbit ketika memandu.

“Saya perhatikan penggunaan telefon bimbit ketika memandu menjadi satu trend malah kajian selidik dijalankan mendapati, mereka mengetahui dan sedar ia membahayak­an diri serta pemandu lain, tetapi masih melakukann­ya.

“Justeru, pelbagai aktiviti sudah dibuat serta sedang dan akan dibuat pihak MIROS bagi meningkatk­an tahap kesedaran orang ramai dan tidak dinafikan, aspek penguatkua­saan undang-undang juga harus dipertingk­atkan,” katanya selepas acara larian Road Safety Run (ROSRUN) anjuran MIROS di sini, semalam.

Lee berkata, kajian juga mendapati, seramai 61.9 peratus pemandu menggunaka­n telefon bimbit ketika berhenti di simpang lampu isyarat yang sedang merah.

“Seramai 53.6 peratus pemandu menggunaka­n telefon bimbit ketika terperangk­ap di dalam kesesakan jalan raya manakala, seramai 53 peratus pemandu menaip teks ketika memandu,” katanya.

 ??  ?? PESERTA larian Road Safety Run, semalam. Gambar kecil, Lee.
PESERTA larian Road Safety Run, semalam. Gambar kecil, Lee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia