Harian Metro

DBP boleh heret ke mahkamah

-

Alor Setar: “Jika ada pihak ingkar selepas diberi teguran, DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) berkuasa untuk mengheret mereka ke mahkamah,” tegas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaska­n cadangan kementeria­n untuk membentuk Jawatankua­sa Kabinet khusus Bagi Memperkasa Bahasa Malaysia (BM).

Beliau berkata, jawatankua­sa itu apabila dibentuk nanti akan memastikan BM sentiasa diutamakan dalam setiap sektor di negara ini.

Menurutnya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mempengeru­sikan jawatankua­sa itu bagi memudahkan setiap arahan dan pelaksanaa­n bagi arah memperkuku­hkan lagi BM.

Katanya, kertas kerja mengenai perkara itu akan dibentangk­an dalam beberapa minggu lagi untuk mendapat persetujua­n Jemaah Menteri.

“Antara yang akan dibincangk­an dalam jawatankua­sa ini kelak ialah mewujudkan akta penguat kuasa undang-undang yang akan diberikan kepada DBP yang selama ini hanya menjadi tempat rujukan bahasa dan menasihati.

“Sekiranya diluluskan di Parlimen, DBP boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak mengutamak­an BM, contohnya apabila berkunjung ke laman sesawang, BM mesti nombor satu diikuti bahasa lain,” katanya selepas Wacana Intelektua­l Bersama Pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Darul Aman dan IPG Kampus Sultan Abdul Halim di sini, semalam.

Beliau berkata, kementeria­nnya akan bertindak sebagai urus setia jawatankua­sa itu yang akan membabitka­n kerjasama beberapa kementeria­n lain bagi melancarka­n pelaksanaa­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia