Harian Metro

Fasha sasar 2 tahun lagi

- DARI MUKA R23

Kenyataan Fasha itu sekali gus membayangk­an hubunganny­a dengan lelaki dikenali sebagai Mukhlis Rosdi atau ‘Ustaz Rock’ bakal menjadi kenyataan seperti yang hangat diperkatak­an sebelum ini.

Namun, Fasha yang juga pelakon drama Lara Aishah tidak berganjak seperti jawapannya sebelum ini bahawa dia dan ahli perniagaan itu masih dalam fasa berkawan.

“Kami masih berkawan.

Dia ada menghantar mesej bertanyaka­n khabar. Dia juga ada mengucapka­n tahniah atas kejayaan pada Anugerah Skrin 2017 lalu. Bukan dia seorang saja, ramai juga kawan berbuat perkara sama.

“Ingin dijelaskan saya berkawan dengan semua orang. Buat masa sekarang fokus saya hanyalah anak dan kerjaya. Mungkin selepas semuanya okey, baru saya fikir fasal cinta baru,” katanya.

Ditanya sama ada dia menetapkan sebarang tempoh untuk menamatkan zaman solo, Fasha berkata mungkin dua tahun.

“Insya-Allah dalam tempoh dua tahun lagi, tetapi terus terang calon belum ada. Ini sekadar perancanga­n.

“Macam dulu, saya merancang nak kahwin pada usia 28 tahun. Alhamdulil­lah, Allah permudahka­n jalan saya. Orang kata, ia tepat pada masa.

“Insya-Allah, kalau ada jodoh saya pasti berkahwin juga. Jadi doakan saja yang terbaik. Ini semua kerja Allah,” katanya.

Belum ada calon, hubungan dengan ‘Ustaz Rock’

masih dalam fasa berkawan

TAK JANGKA MENANG

Berkongsi mengenai kemenangan­nya pada Anugerah Skrin 2017 bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi telefilem Terima Kasih Ramadan, Fasha mengakui terkejut dan tidak menjangka sama sekali.

“Sejujurnya, saya tidak meletakkan sebarang harapan. Ketika hadir pada sidang media ASK2107, saya meletakkan diri sebagai ‘underdog’. Malah orang juga tidak memperkata­kan langsung mengenai lakonan saya.

“Jadi, pada malam ASK2017 saya hadir atas tiket penggiat industri dan menyokong acara ini. Saya langsung tidak membayangk­an bakal tercalon Top 5 atau menang. Jadi, apabila nama tersenarai, saya terkejut.

“Empat calon lain bukan calang-calang. Tiga daripada mereka saya anggap sifu dalam bidang ini iaitu Ellie Suriaty,

Haliza Misbun dan Vanidah Imran. Sehinggaka­n saya tak terkata ketika memberikan ucapan kemenangan,” katanya.

Fasha yang kali pertama dicalonkan dalam kategori sama sembilan tahun lalu menyifatka­n kemenangan pertama bagi kategori terbaik adalah pencapaian tertinggi sepanjang 15 tahun bergelar anak seni.

Sebelum ini, Fasha pernah lapan kali memenangi kategori Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular.

“Popular bukan tak bagus, tetapi perasaan dapat terbaik berbeza dengan kategori popular. Keterujaan juga lebih dan saya berasakan ia sangat luar biasa.

“Selepas menang kategori ini, orang mula buka mata terhadap bakat saya. Sepanjang 15 tahun dalam industri, orang hanya nampak saya sebagai pelakon popular. Orang tidak nampak bakat sebenar saya,” katanya.

Fasha juga mengakui tidak pernah meletakkan sebarang sasaran sejak mula melangkah dalam dunia lakonan.

“Apabila berada dalam industri, saya tak pernah letakkan sasaran sebegini. Saya banyak kali tercalon dalam kategori terbaik, tetapi mungkin rezeki belum berpihak kepada saya. Alhamdulil­lah, kali ini rezeki saya,” katanya. -Sudirman Mohd Tahir

 ??  ??
 ??  ?? Buat masa sekarang fokus saya hanyalah anak dan kerjaya. Mungkin selepas semuanya okey, baru saya fikir fasal cinta baru
Buat masa sekarang fokus saya hanyalah anak dan kerjaya. Mungkin selepas semuanya okey, baru saya fikir fasal cinta baru

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia