Harian Metro

Jiwa izzat pada lakonan

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Bekas juruaudit turut aktif dalam

aktiviti seni mempertaha­nkan

diri

Meskipun memiliki kerjaya hebat sebagai juruaudit, jiwa Izzat Mushtaq meronta-ronta untuk meneroka dunia seni.

Demi memenuhi keinginan itu, dia sanggup meninggalk­an kerjaya berkenaan dan mencuba nasib sebagai pelakon.

“Selepas setahun bekerja, saya memilih untuk berhenti. Sebelum ini, saya menuntut di United Kingdom selama tiga tahun dalam bidang perniagaan,” katanya.

Menurut pelakon berusia 25 tahun ini, dia cenderung pada bidang lakonan sejak remaja.

“Saya suka melihat dan menterjema­h kehidupan orang sekeliling dan persekitar­an.

“Saya suka meneka dan menggambar­kan personalit­i seseorang yang saya lihat. Jadi, banyak boleh dikaitkan dengan bidang lakonan memandangk­an kita perlu menterjema­h sesuatu watak menerusi lakonan,” katanya.

Berguru dengan pelakon hebat Fauziah

Nawi memberikan banyak pendedahan dan ilmu buat dirinya yang kini bernaung di bawah syarikat pengurusan Fastyleasi­a.

Walaupun baru empat bulan, banyak perkara yang ditimba Izzat sebagai persediaan sebelum melangkah lebih jauh dalam bidang disukainya itu.

“Banyak benda saya belajar daripada Ibu Fauziah. Antaranya jangan berikan reaksi dan jiwa yang sama setiap kali melakukan latihan.

“Menurutnya, setiap ulangan latihan itu perlu disertakan ekspresi berbeza kerana setiap pelakon yang beraksi bersama kita, akan melakukan aksi berbeza dalam setiap ulangan,” katanya.

Selain lakonan, Izzat atau nama sebenarnya Muhammad Izzat

Mushtaq Hussin ini juga aktif dalam aktiviti seni mempertaha­nkan diri.

“Saya aktif dengan seni mempertaha­nkan diri campuran (MMA). Ketika di United Kingdom, setiap kali cuti semester selama tiga bulan, saya akan pulang ke Malaysia dan menyertai kelas muay thai.

“Sekarang, saya dah kurang dengan muay thai dan cuba melakukan MMA pula. Memang saya agak serius juga kerana selain ada manfaat untuk kecergasan, ia membantu sekiranya ada watak memerlukan aksi,” katanya.

Ditanya pendapatny­a mengenai kehadiran bakat baru yang tumbuh bak cendawan selepas hujan, Izzat berkata ia perkembang­an yang sihat buat industri.

“Bakat muda perlu bekerja lebih keras kerana pelakon lama sudah meletakkan tanda aras yang tinggi.

“Jadi, kita perlu capai tanda aras itu atau lebih tinggi daripada itu. Hanya dengan cara itu kita dapat mengangkat industri seni tempatan ke mata dunia,” katanya.

Menjadikan Datuk Rosyam Nor dan Datuk Afdlin Shauki sebagai idolanya, Izzat menyasarka­n dua hingga ke tiga tahun untuk mengukuhka­n namanya.

“Fokus saya hanyalah kepada kerjaya lakonan dan tidak mahu buang masa lagi. Kalau dikenali dengan cepat, lagi bagus,” katanya.

 ??  ?? Saya suka meneka dan menggambar­kan personalit­i seseorang yang saya lihat. Jadi, banyak boleh dikaitkan dengan bidang lakonan memandangk­an kita perlu menterjema­h sesuatu watak menerusi lakonan
Saya suka meneka dan menggambar­kan personalit­i seseorang yang saya lihat. Jadi, banyak boleh dikaitkan dengan bidang lakonan memandangk­an kita perlu menterjema­h sesuatu watak menerusi lakonan
 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia