Harian Metro

Rasa bagai dilahirkan semula

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Vokalis kumpulan Sakura Band, Mell mengakui hatinya lebih tenang selepas memeluk Islam beberapa bulan lalu.

Mell atau nama sebenarnya, Melly

Matius mengumumka­n penghijrah­an itu dengan memuat naik gambarnya bertudung merah jambu di Instagram sempena hari lahir ke-29, baru-baru ini.

Mell mengakui dia memeluk Islam dengan sokongan ibunya, Nur Batrisyah, 46.

“Alhamdulil­lah, bukan saja ibu, keputusan ini turut disokong semua anggota keluarga.

“Sebenarnya, sudah ramai anggota keluarga kami yang memeluk Islam sebelum ini. Saya menganggap diri seperti dilahirkan semula.

“Selain belajar dengan emak, saya juga mahu mendalami agama dengan mengundang ustazah ke rumah.

“Selepas sebulan belajar, saya sudah boleh menghafal surah al-Fatihah,” katanya.

Ditanya perihal berhijab, Mell yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah berkata, dia akan melaksanak­an suruhan itu apabila sampai masanya nanti.

“Saya tinggal dengan emak yang sudah berhijab apabila masuk Islam.

“Namun, saya perlukan masa dan akan berubah secara perlahan-lahan. Bagaimanap­un, keinginan bertudung memang kuat,” katanya.

Mengenai penerimaan anggota band pula, kata Mell, mereka menyambut baik keputusann­ya menukar agama.

“Anggota band juga

Mell perlukan masa dan akan berubah secara perlahan-lahan

selepas peluk Islam

menghormat­i saya mahu bertudung selepas ini.

“Cuma mungkin saya perlu mengubah cara persembaha­n di pentas apabila sudah berhijab nanti,” katanya.

Mahu tamatkan zaman bujang

Mell juga tidak merahsiaka­n perancanga­nnya untuk berkahwin dengan pemuzik, Muhamad Safwan, 30, yang dijangka berlangsun­g pada tahun depan.

Menurut Mell, hubungan dengan kekasihnya itu serius sejak dua tahun lalu.

“Sebenarnya, kami sudah lama berkawan tetapi baru dua tahun bercinta. Selepas tiga kali putus cinta, saya percaya dia lelaki terbaik untuk menjadi pasangan hidup.

“Diharap pendedahan ini menepis dakwaan saya bercinta dengan anggota Sakura Band seperti diperkatak­an ramai,” katanya.

Menurut Mell, dia tidak akan mengadakan majlis pertunanga­n sebaliknya terus bernikah.

“Kami mahu mempercepa­tkan perkara yang baik.

“Safwan penyabar dan ‘cool’ orangnya. Itulah antara perkara yang membuka pintu hati saya untuk menjadi suri hidupnya,” katanya.

Beralih perkembang­an karier pula, kata Mell, kumpulan Sakura Band bakal muncul dengan single baru berjudul Magic tidak lama lagi.

“Kami sibuk dengan proses rakaman single baru sejak beberapa bulan lalu. Jika tiada aral, album penuh akan menyusul tahun depan,” katanya.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia