Harian Metro

Penganjura­n kali ini ada kelainan

-

DARI MUKA N31

Penganjura­n kem kepemimpin­an ini mendapat kerjasama daripada 7 Skuadron Semboyan Diraja yang berpangkal­an di Kem Mahkota Kluang, Johor.

Seramai 10 anggota bertanggun­gjawab menjadi jurulatih untuk aktiviti luar sepanjang kem dijalankan, termasuk aktiviti pantai, ‘explorace’, ‘night walk’, dan ikhtiar hidup di dalam hutan.

Ketua Kumpulan

Tengku Nur Azlin Shuhada Ku Saman, 21, berkata, kem kepemimpin­an kali ini berbeza dan memberi pengalaman baru kepadanya dan peserta.

“Walaupun pernah mengikuti pelbagai kem kepemimpin­an sebelum ini, penganjura­n kali ini membawa kelainan yang bakal meninggalk­an kenangan manis kepada peserta.

“Antara kelainanny­a adalah peserta perlu mendirikan khemah, menyedia dan memasak makanan mereka sendiri secara berkumpula­n.

“Ini amat membantu dalam menerapkan kepentinga­n berkerjasa­ma dalam sesebuah pasukan,” katanya.

Peserta turut diberi maklumat ringkas berkenaan populasi penyu di perairan Pulau Perhentian oleh wakil daripada Pusat Taman Laut Pulau Perhentian dan juga usaha konservasi yang dilakukan oleh Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu, di Rantau Abang, Terengganu.

Selain dari pembanguna­n di kawasan pantai, pemburuan haram dan lambakan sampah di kawasan pantai juga mempengaru­hi populasi penyu di perairan ini.

Satu sesi snorkeling diadakan untuk peserta di beberapa lokasi di sekeliling Pulau Perhentian Besar, bagi melihat sendiri kehidupan penyu di habitat sebenar. -Fazurawati Che Lah

 ??  ?? PASANG sendiri khemah bersama
ahli kumpulan.
PASANG sendiri khemah bersama ahli kumpulan.
 ??  ?? PESERTA melakukan snorkeling bagi melihat lebih dekat habitat kehidupan marin.
PESERTA melakukan snorkeling bagi melihat lebih dekat habitat kehidupan marin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia